Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

Maliah Surip
18/09/2024 06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.

BERITA TRENDING: Adele, Charlie Puth Minta Peminat Berhenti Lakukan Trend Baling Barang Atas Pentas

Puth dan Sansone yang juga merupakan seorang pegawai perhubungan awam berkahwin di kediaman keluarga selebriti itu di Montecito, California, Amerika Syarikat dalam sebuah majlis sederha tetapi meriah.

Menurut pelantun We Don’t Talk Anymore itu dia sengaja berkahwin di kediaman keluarga kerana sejarah perkenalan dan percintaan mereka berputik di kampung halaman.

“Bapa kami bersekolah di sekolah rendah yang sama. Kami kemudian membesar bersama dan sejak dahulu memang sudah ada chemistry yang kuat di antara kami.

“Sejak bercinta kami memang mahu berkahwin tapi selalu tidak mempunyai waktu yang tepat sehingga sekarang.

“Dan berkahwin di kediaman keluarga secara tradisi serta moden sangat sempurna,” ujar Puth seperti dilaporkan Vogue.

BERITA TRENDING: Berani Mati! Charlie Puth Akui Pernah Beronani Sambil Dengar Lagu Maroon 5, Reaksi Adam Levine…






Puth dan Sansone mula menjalin asmara pada Jun 2022 sebelum dia melamar kekasihnya pada September 2023.

BERITA TRENDING: Lakukan Pembedahan Hidung, Charlie Puth Akui Mahu Tingkat Mutu Vokal

#Kahwin #Penyanyi #sekolah #Kekasih #Charlie Puth #Brooke Sansone