Berita
Lakukan Pembedahan Hidung, Charlie Puth Akui Mahu Tingkat Mutu Vokal
Penyanyi popular Charlie Puth mengakui melakukan pembedahan di bahagian hidung untuk meningkatkan mutu vokalnya ketika menyanyi.
Menurut laporan Daily Mail, penyanyi We Don't Talk Anymore mendedahkan rahsianya itu kepada umum apabila mutu vokalnya semakin berbeza sejak dulu lagi.
"Saya menjalani pembedahan pada bahagian hidung dan perkara itu dilakukan untuk meningkatkan mutu vokal saya.
"Selepas melakukan pembedahan, mutu vokal saya semakin baik dan perkara itu memudahkan saya untuk menyanyi.
"Mungkin ramai yang dapat mendengar perbezaan suara saya menyanyi daripada awal bergelar penyanyi sehingga sekarang.
"Saya lakukan pembedahan ini adalah bukan untuk diri sendiri tetapi ia dilakukan adalah untuk peminat yang mahukan yang terbaik daripada saya," katanya.
Sumber: Daily Mail
Must-Watch Video