Hiburan

Che Ta Rengsa Make Up Production Tak Cantik - "Main Tonyoh Pakai Jari, Hidung Macam Kena Jub*q Belanga"

gempak
Amri Hassan
28/10/2020
07:45 MYT
Sponsor Banner
Che Ta Rengsa Make Up Production Tak Cantik - "Main Tonyoh Pakai Jari, Hidung Macam Kena Jub*q Belanga"
Pelakon cantik Rozita Che Wan meluahkan kekesalan terhadap sesetengah syarikat produksi yang menggunakan khidmat jurusolek amatur untuk menatarias wajahnya.
Kata Rozita atau lebih popular disapa Che Ta, ekoran hasil solekan yang tidak memuaskan hati, dia sendiri terpaksa menyolek wajahnya ketika di set penggambaran.
"La ni punya production house, tak tahulah macam mana depa pilih make up artist. Tangkap muat ka, save budget ka, ikut dan ja ka?
"Kadang penat ooo artis bila shooting nak kena make up sendiri! Mana taknya kalau shading hidung pun pakai eye shadow hitam pastu tonyoh-tonyoh ja dengan jari!
"Yang lagi seorang itulah batang hidung macam kena juboq belanga.
"Teknik tahun bila lagu tu? Dah macam kena arang dah muka artis pun. Penat juga bila artis nak pikul semua tanggungjawab orang lain," katanya.
A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on
Nasihat Che Ta agar produksi lebih peka untuk memilih jurusolek yang mampu menatarias wajah artis agar kelihatan manis di kaca televisyen.
"Yang masuk TV ni artis, semenggah sikitlah pilih make up artis tu. Bukan nak suruh make up kami jadi macam ratu dunia, sekurang-kurangnya eloklah sikit nak masuk TV.
"Kalau ada 26 artis tapi 25 oraang tu terpaksa make up sendiri what a waste ambil make up artis yang tak boleh make up kan artis," tambahnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live