Berita
Che Ta Tak Kisah Jika Ada Tawaran Berlakon Untuk Aaisyah, Tapi.....
Pelakon Rozita Che Wan mengakui tidak kisah jika ditawarkan untuk berlakon bersama anak bongsunya, Aaisyah Dhia Rana dalam satu produksi.
Menurut Rozita Che Wan atau Che Ta, dia dan suaminya, Zain tidak akan menerima sebarang tawaran jika hanya Aaisyah saja yang ditawarkan untuk berlakon.
"Seboleh-bolehnya Zain tidak mahu Aaisyah didedahkan dengan dunia hiburan ataupun bergelar seorang artis.
"Tapi jika ada tawaran berlakon dengan saya, kami okay. Andai hanya dia seorang sahaja kami takkan ambil.
"Kerana ini akan menyusahkan banyak pihak untuk menguruskan dia dan dalam masa yang sama saya juga harus menemaninya jika dia ada penggambaran," katanya kepada Gempak.
Che Ta berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana drama Lelaki Kiriman Tuhan, di Ombak Villa, Langkawi, baru-baru ini.
Selain Che Ta, drama bersiri Lelaki Kiriman Tuhan turut dibintangi oleh Mira Filzah, Harris Anuar, Remy Ishak, Faez Nik, Kartina Aziz, PU Azman, PU Riz, Jasmin Hamid, Maria Farida dan ramai lagi.
Turut diperkenalkan bintang baru Uyaina Arshad iaitu bekas pengacara Nona, Riana AF, Ali Redza, Hanis Nabeela dan Farah Safwan.
Drama Lelaki Kiriman Tuhan ini akan disiarkan setiap hari Isnin pada pukul 9malam menerusi saluran Astro Oasis (saluran 106) & Maya HD (saluran 135).
Must-Watch Video