HIBURAN
Che Ta & Ziela Jalil Usik Bella Astillah & Syed Saddiq: “Selamat Pengantin Baru!”
Tular di media sosial sebuah video memaparkan selebriti terkenal, Rozita Che Wan dan Ziela Jalil bertemu dengan pelakon, Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq baru-baru ini.
Seloroh Selamat Pengantin Baru!
Menerusi video tersebut, dalam suasana penuh ceria, Rozita atau Che Ta dan Ziela sempat berseloroh dengan Bella dan Syed dengan mengucapkan “Selamat Pengantin Baru” sambil menyanyikan lagu khas buat mereka.
“Selamat pengantin baru,” ucap Che Ta.
“Selamat pengantin baru,” ucap Che Ta.
“Selalu tengok Live, kali ini depan mata. Puas hati kita tengok depan mata,” ujar Ziela.
Ternyata aksi bersahaja dua pelakon senior itu mengundang gelak tawa, sekali gus mencetuskan spekulasi nakal di kalangan peminat.
Ziela Jalil turut mengambil kesempatan mendoakan perkara baik buat Bella dan Syed.
Ziela Jalil turut mengambil kesempatan mendoakan perkara baik buat Bella dan Syed.
“Kita doa yang baik-baik,” harapnya.
Terdahulu, kemunculan Bella dan Syed yang segak mengenakan baju sedondon di dalam Dewan Rakyat, Parlimen mencuri perhatian ramai.
Rata-rata netizen mengusik Bella dan Syed agar ‘naik pelamin’.ARTIKEL BERKAITAN: Tular Video Syed Saddiq Kopekkan Udang Untuk Bella Astillah Buat Netizen Rasa ‘Annoying’, Ada Juga Yang Pertahan - “Diorang Pun Nak Bahagia”
Rata-rata netizen mengusik Bella dan Syed agar ‘naik pelamin’.