Hiburan
Chef Wan Dedah Anak Saudara Tak Balik Raya Kerana Dia
Chef Selebriti tersohor negara, Chef Wan mendedahkan salah seorang anak saudaranya tidak pulang berhari raya di kampung pada tahun ini kerana teguran dibuatnya tahun lalu.
Chef Wan atau Datuk Redzuawan Ismail meluahkan perasaanya di laman Instagram (IG) mengenai segelintir sikap ahli keluarganya yang didakwa tidak membantu dalam membuat persiapan raya di kampung.
Salah seorangnya adalah anak saudaranya yang dipanggil Nadmi.
Disebabkan teguran Chef Wan terhadap Nadmi membuatkan anak saudaranya itu terasa dan tidak dapat diterima, dia dikatakan tidak pulang ke kampung, tahun ini.
Berikut merupakan antara luahan Chef Wan:
"At my home I always put my foot down to make sure segala kerja beres dah nenek 86 tahun tak menjadi kuli kepada anak anak mahu pun cucu cucu. It’s disgusting to see old parent yang dah bongkok sabut dan lutut sakit ini kerja seharian membanting tulang pada hari raya begini
“Anak-anak atau cucu-cucu yang tiada otak serta timbang rasa sahaja yang mampu melihat mak bapak yang tua ini terus membanting tulang. That is why mulut saya jika Raya memang bising jika ada yang saya rasa tak kena di hati.
"Tak rugi pun saya tak melihat anak buah yang saya sama-sama membesarkan mereka and then to grow up and turn on their back dan kurang ajar mcm terjadi pada my x nephew Nadmi itu. Tahun ini dia tak balik. Suka hati la..."
Must-Watch Video