,
Hiburan

"Chris Brown & Rakan Rogol Mangsa 4 Kali, Paksa Ambil Kokain" - Peguam

Kamaruddin Razal
27/01/2019
20:29 MYT
Penyanyi R&B popular dari Amerika Syarikat, Chris Brown dan dua rakannya didakwa telah merogol seorang wanita di Paris sebanyak empat kali sewaktu berlangsungnya sebuah majlis bergelumang dengan arak dan dadah.
Peguam wanita yang membuat tuduhan itu, Franck Serfati berkata, anak guamnya itu juga telah dipaksa untuk mengambil dadah jenis kokain sebelum ditiduri oleh tiga lelaki di sebuah hotel di ibu kota Perancis itu.
Kata Serfati lagi, wanita terbabit ketika itu berada dalam tekanan psikologi apabila berlakunya ‘persetubuhan tanpa restu’ terbabit.
BACA: Didakwa Merogol Seorang Wanita Di Paris, Chris Brown Ditahan Polis
Mangsa ketika itu dikatakan telah dikunci bersama tiga lelaki gagah di dalam sebuah bilik berkunci menyebabkan tekanan memuncak. Bagaimanapun dia mengaku anak guamnya itu tidak diapa-apakan secara fizikal.
Selain Brown, dua lelaki terbabit didakwa adalah pengawal peribadi dan rakan kepada penyanyi itu.
Susulan laporan yang dibuat, polis telah menahan Brown dan beberapa orang lain pada Khamis lalu untuk diambil keterangan sebelum mereka dibebaskan. Bagaimanapun siasatan masih diteruskan.
Sehingga kini wanita warga Perancis berusia 23 tahun itu masih belum didedahkan identitinya.
Dalam laporannya, wanita itu mendakwa Brown dan rakan-rakannya telah mengajaknya ke sebuah kelab sebelum mereka ke sebuah hotel, lokasi dimana dia mendakwa dirogol.
Polis dalam siasatannya berkata pihaknya menemui kesan dadah di bilik terbabit.
Brown dalam reaksinya menerusi laman sosial Twitter berkata dakwaan itu adalah palsu dan bukan sifat peribadinya untuk melakukan perkara yang tidak bermoral itu.
Peguam Brown di Perancis, Raphael Chiche berkata pihaknya telah memfailkan saman malu terhadap wanita terbabit atas dakwaan menipu.
Brown dan rombongannya berada di Paris bagi menghadiri pertunjukan fesyen di Minggu Fesyen Paris.
Sumber: Agensi / Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Hiburan

"Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!

gempak
11/09/2024
00:55 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi Khai Bahar memeluk erat pelakon legenda, Kartina Aziz baru-baru ini.