Chris Pratt Dulu Kutip Sisa Makanan, Kini Pendapatan Cecah USD30 Juta
Fiza Kamarudin
07/12/2016 12:00 MYT
07/12/2016 12:00 MYT
Aktor kacak, Chris Pratt mendedahkan pernah melalui kehidupan yang susah sehingga terpaksa memakan sisa makanan sebelum bergelar selebriti.
Chris Pratt berkata dia terpaksa berbuat begitu ketika melalui kehidupan yang susah kerana tidak cukup wang untuk meneruskan hidupnya
Pengakuan tersebut dibuat ketika menjadi tetamu dalam program wawancara Graham Norton Show, baru-baru ini.
"Begitulah cara saya makan dulu. Saya tiada wang. Tak ada yang datang ke restoran tempat saya bekerja, disebabkan itu saya tidak mendapat gaji.
"Makan makanan lebihan adalah satu-satunya cara yang saya kulakukan," kata Chris seperti yang dilaporkan Daily Mail.
Namun, kini nasib bintang filem Guardian of the Galaxy ini, sudah berubah.
Chris ketika ini merupakan antara aktor yang mempunyai pendapatan tinggi iaitu lebih dari USD30 juta.
Olahan oleh: Syafiqah Jalal
Sumber: Daily Mail