Penyanyi popular era 1970-an, Uji Rashid akhirnya membuka mulut mengenai kisah sebenar yang menimpa anak lelakinya, penyanyi Cico yang selama ini dikatakan mengalami penyakit misteri.
Menurut Uji, penyakit misteri yang ditanggung Cico selama ini bukanlah disebabkan dirinya disihir seperti yang diperkatakan umum, sebaliknya anaknya itu telah diracun.
"Buat pertama kali saya mendedahkan perkara ini secara terbuka. Terdapat pelbagai versi cerita dan desas-desus mengenai keadaan anak saya.
"Sebenarnya Cico bukanlah disihir tetapi diracun oleh rakan-rakannya. Menurut doktor beberapa jenis racun telah dicampur ke dalam gelas minumannya.
"Racun yang diberi itu sebenarnya boleh membunuh dalam masa empat jam, tetapi dengan kuasa Allah SWT, Cico masih diberikan umur yang panjang sampai hari ini," katanya.
Perkara itu didedahkan Uji ketika bersiaran menerusi program Telekung Talk yang membicarakan topik mengenai Jawapan atau Ujian? di platform Facebook Prof. Datuk Dr. Muhaya dan Muhayya Momentum.
Cerita Uji lagi, Cico dikatakan rebah sebaik minum minuman itu dan ditinggalkan tanpa bantuan selepas menghadiri sebuah majlis sambutan hari ulang tahun kelahiran rakannya.
"Saya masih ingat Cico muntah-muntah dan wajahnya dipenuhi darah. Berhari-hari dia terlantar sakit di atas katil. Masa itu saya hanya berserah dan memohon petunjuk daripada Allah SWT.
"Satu hari Cico bangun tetapi dia hanya diam apabila ditanya. Dia tidak kenal saya mahupun anaknya sendiri. Bila ditanya doktor siapa nama, dia jawab Pikee.
"Saya difahamkan racun itu memberikan kesan terhadap otak, organ dalaman dan kotak suaranya. Walau apapun, saya bersyukur Cico sudah semakin pulih, meskipun dia kini mengalami masalah pertuturan, tidak lagi mampu membaca dan menulis dengan baik," katanya.
Menurut Uji lagi, sepanjang menjaga anaknya itu juga, pelbagai dugaan yang terpaksa dilalui apabila Cico sudah tidak mampu bekerja lagi.
"Hidup kami memang susah, hanya Allah sahaja yang tahu. Saya, Cico dan cucu, Rindu, pernah dihalau dari rumah sewa dalam keadaan sehelai sepinggang. Kami terpaksa menginap di hotel bajet selama berbulan-bulan.
"Namun ada seorang peminat yang baik hati memberi kami tempat berteduh," katanya yang kini menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR) sejak tahun lalu.
Pada program Telekung Talk itu, turut diadakan majlis sambutan hari jadi buat puteri tunggal Cico, Nur Fitrah.
Sebagai info, Telekung Talk kendalian pengacara Abu Talib Husin pernah menampilkan selebriti undangan popular antaranya Neelofa, Lisa Surihani dan Fazura.
Bagaimanapun, edisi Telekung Talk yang menampilkan Uji sebagai artis undangan itu diadakan bersempena pembukaan butik serta koleksi baharu Muhayya Magical yang bakal dilancarkan secara rasmi pada 2 Januari 2021.
ZULHILMI JALIL
Fri Dec 25 2020
Bella Astillah Dedah Sebab Kenapa Dia Ikuti Sarah Yasmine Di Instagram
Pelakon Bella Astillah tidak terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh wanita bernama Sarah Yasmine mengenai skandal yang terjalin bersama suaminya tempoh hari. Ujar Bella, wanita itu merupakan salah seorang individu dalam senarai 11 wanita yang pernah menjalinkan hubungan dengan Aliff. “Jujurnya saya tidak terkejut sebab nama dia ada dalam sen
Video Wanita Free Hair Dikucup Lelaki Didakwa Mirip Rossa Sera, Ini Penjelasan Tuan Badan! - “Itu Semua ..."
Bekas isteri pelawak Shuk Sahar, Rossa Sera baru-baru ini tular di media sosial selepas satu video wanita mirip seakan-akan wajahnya dilihat mesra dengan seorang lelaki. Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh akaun Instagram @rs92.jr, wanita itu dilihat tidak mengenakan hijab dan hanya memakai topi. Apa yang lebih menarik perhatian adalah a
Restoran Singapura Cari Penebar Roti Canai, Tawar Gaji RM5,000!
Percaya atau tidak, pekerjaan menebar roti jala mampu menjana pendapatan yang sangat lumayan… cuma anda perlu bekerja di restoran di Singapura!
Wanita Didakwa Kurung Suami Dalam Rumah 5 Jam Gara-Gara Tak Mahu Ikut Ke Kenduri, Amuk Baling Lesung Batu?
Seorang wanita didakwa telah bertindak mengunci suaminya di dalam rumah selama 5 jam gara-gara suaminya itu tidak mahu ikut serta ke kenduri.
Sambut Aidilfitri Demi Keluarga, Kaka Azraff Akui Terkesan Pemergian Ibu & Kakak - “Kita Yang Bersedih Kenapa Mereka Perlu Terkesan?”
Aidilfitri 2024 merupakan sambutan Hari Raya paling hiba buat penyanyi, Kaka Azraff apabila dirinya terpaksa menyambut lebaran tanpa dua insan tersayang iaitu ibu dan kakaknya. Berkongsi pengalaman tentang perayaan tanpa dua individu penting dalam hidup, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 35, mengakui sangat terkesan dengan pemergia
Tok Jalal minat Lisa Blackpink | Projek Bapak Bapak S3
Tok Jalal minat Lisa Blackpink wow.
Saksikan #TravelLawakBapakBapakS3 setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Saksikan #TravelLawakBapakBapakS3 setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Bakar Kucing Hidup-Hidup, Polis Sedang Buru Suspek!
Pihak polis sedang memburu tiga lelaki dipercayai suspek yang terlibat dengan kejadian membakar anak kucing hidup-hidup di tempat meletak motosikal Flat Seri Kenari, Kajang pada Selasa.
The Hardest Singing Show | PROMO
Korang dah bersedia untuk menyaksikan sebuah program terbaru Astro? Jom kita sama-sama nantikan!
#thehardestsingingshow #thehardest #luarlimitasi #THSS
#thehardestsingingshow #thehardest #luarlimitasi #THSS
Nahas Helikopter Lumut: Hajat Naik Helikopter Tercapai, Namun Berakhir Tragedi
Salah seorang waris mangsa nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Lumut mendedahkan anak saudaranya memang berhajat untuk menaiki helikopter sebelum pencen.
Tak Tuntut Nafkah, Adira Suhaimi Faham Keadaan Datuk Red - “Saya Tak Nak Susahkan Dia Yang Tengah Down”
Keputusan penyanyi Adira Suhaimi tidak menuntut sebarang nafkah daripada bekas suaminya yang juga usahawan Datuk Red atau Datuk Seri Adnan Abu atas kehendaknya sendiri.