HIBURAN
Cik B Terkejut, Alami ‘Tibial Fracture’ Di Bahagian Lutut Kiri - “Ingatkan Jatuh Biasa Sahaja…”
Anak usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B mengalami mengalami kecederaan di bahagian lutut kaki kiri selepas melakukan aktiviti ketika program Sambutan Minggu Perpaduan 2025 yang berlangsung di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, baru-baru ini.
Alami Tibial Fracture di lutut kiri
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin berkongsi perkembangan terbaharu dirinya.Video itu merakamkan Cik B sedang menjalani Ujian MRI (Pengimejan Reasonans Magnetik) di salah sebuah pusat perubatan swasta di Ipoh, Perak.
“Sebelum buat MRI, Cik B ada buat X-Ray. Result X-Ray semua okay tapi rasa sakit tak hilang,” kongsinya.
ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Approved, Ammar Ahyan Makan Malam Dengan Cik B - “Kita Makan Nasi Ayam Cara Kelantan”
ARTIKEL BERKAITAN:DSV ‘Kenenkan’ Cik B Dengan Anak Aliff Syukri, Ini Respon Tuan Badan - “Astaghfirullahalazim, Selamatkan Aku!”
ARTIKEL BERKAITAN:“Tak Nampak Batu, Nasib Sempat Brek..” - Cik B Hampir Kemalangan Pandu Lamborghini Ibu
ARTIKEL BERKAITAN:Cik B Akui Tak Dapat Duit Raya, Hairan Orang Takut Nak Bagi - “Kalau RM2 Ke RM3 Pun Saya Terima, Janji Beri Dengan Ikhlas”
ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Mula Amalkan & Hafal Sejak Kecil” - Cik B Segan Dipuji Netizen, Surah Ad-Dhuha Memang Jadi Kegemaran
Dalam pada itu, Cik B memaklumkan doktor mengesahkan dirinya mengalami Tibial Fracture pada bahagian lutut kirinya setelah menjalani ujian x-ray.Bagaimanapun Cik B mengakui dirinya terkejut selepas mengetahui keputusan itu kerana menyangka hanya mengalami jatuh yang biasa sahaja.
“Selepas MRI Scan, doktor detect ada tibial fracture dekat lutut Cik B. Doktor suggest buat MRI sebab takut luka dalaman.
Untuk info, tibial fracture bermaksud patah tulang tibia, iaitu salah satu tulang utama di bahagian bawah kaki.“Terkejut jugak Cik B. Ingatkan jatuh biasa sahaja. Tak apa lah ada hikmah segala apa yang terjadi. I will get through this, insya-Allah,” maklumnya.
Tulang tibia juga dikenali sebagai tulang kering, dan ia adalah tulang yang menyambung lutut ke pergelangan kaki.
Jika seseorang mengalami tibial fracture, ini bermakna tulang tibia mereka telah retak atau patah, biasanya akibat hentakan kuat, terjatuh, atau kemalangan.
Berikut merupakan video penuh Cik B:
@cikb_salmon_saltedegg_hq Cikb Okay, Cikb Kuat💪🏻💪🏻#cikb #tiktokmalaysia #fyp #acl ♬ suara asli - Bellaa
Must-Watch Video