Viral

Cik Epal Jawab Tuduhan Tinggalkan Anak & Ditegur Jaga Maruah Ketika Dalam Tempoh Edah - “Saya Bukan Menghilang…”

gempak
Asyikin Mayudin
15/10/2024
21:55 MYT
Sponsor Banner
Cik Epal Jawab Tuduhan Tinggalkan Anak & Ditegur Jaga Maruah Ketika Dalam Tempoh Edah - “Saya Bukan Menghilang…”
Pempengaruh media sosial, Cik Epal memberitahu dia lebih memilih untuk berdiam diri biarpun bekas suaminya iaitu usahawan Pizza Waghu, Jofliam memuat naik video melibatkan dirinya.

Mahu cerai cara baik

Menurut Cik Epal, dia enggan memanjangkan lagi isu mereka kerana mahu bercerai dengan cara yang baik tanpa mengaibkan mana-mana pihak.

“Saya tak nak benda ni berlarutan. Saya sebenarnya nak bercerai dengan cara yang baik,” kata Cik Epal ketika dihubungi Gempak.

Apabila ditanya mengenai kenyataan Jofliam yang mengatakan dia masih dalam edah dan perlu menjadi maruah, Cik Epal mengambil perkara itu secara positif dan memohon maaf.

Mohon maaf

“Betul saya masih lagi dalam edah. Saya minta maaf itu kesilapan saya. Saya akan perbaiki kelemahan saya,” ujarnya.

Mahu berhubung anak

Dalam pada itu, Cik Epal turut menjelaskan dia tidak pernah menghilang seperti yang didakwa bekas suaminya sebaliknya sentiasa menghubungi anak-anak untuk bertanyakan khabar.
Bagaimanapun, Cik Epal memberitahu panggilan telefon dan mesej yang dihantar tidak mendapat respons daripada anak lelakinya, Han.

“Saya bukan menghilang. Saya tengah ambil masa tenangkan diri saya. Tidak sesekali saya melupakan anak-anak saya. Saya ada call dan whatsapp dengan Han untuk tanya khabar Han dan Yuki.

“Tapi Han tak balas. Saya faham mungkin anak-anak saya sedang bercuti,” katanya.

Sumber kekuatan

Sementara itu, Cik Epal yang juga seorang blogger berkata dia mendapat sumber kekuatan berdepan dengan konflik rumah tangga daripada keluarga dan mentuanya.

“Semua keluarga saya dan keluarga mentua saya tak berhenti tanya khabar saya… support saya. Mereka salah satu punca kekuatan saya,” ujarnya.

Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai status hubungan Jofliam dan Cik Epal, malah pelbagai khabar angin mula timbul mengenai rumah tangga mereka termasuk dakwaan kehadiran orang ketiga.

BERITA TRENDING: “10 Tahun Hidup Bersama, Sudah Tertulis Jodoh Sampai Di Sini Sahaja” - Cik Epal Sah Bercerai Dengan Jofliam

BERITA TRENDING: Terima Mesej Lelaki Nak Kenal, Cik Epal Dedah Siap Ada Wanita ‘Offer’ Jadi Madu - “Maaf, Aku Tak Nak Bermadu”
BERITA TRENDING: UIA Perjelas Hukum Isteri Bercinta Dengan Lelaki Lain Ketika Tempoh Iddah

BERITA TRENDING: Jofliam Tegur Cik Epal, Minta Jaga Maruah Ketika Tempoh Iddah - "Sejak Cerai, Tinggalkan Anak, Tak Tahu Pergi Mana"

Jofliam mendedahkan dia telah melafazkan taklik sekali dan masih menunggu keputusan mahkamah untuk mengesahkan status rumah tangganya.
Selepas sepuluh tahun melayari bahtera perkahwinan, akhirnya Cik Epal mengesahkan dirinya sudah bercerai dengan bekas suaminya, Jofliam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024