Cik Epal Tak Kisah Berjodohan Dengan Lelaki Muda - "Janji Lelaki Tu Tinggi, Elok, Ada Agama & Matang”
Usahawan dan pempengaruh terkenal, Cik Epal mengakui ada segelintir lelaki yang cuba mendekatinya selepas bercerai dengan bekas suami pada Oktober tahun lalu.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Cik Epal berkata dia tidak kisah sekiranya jodoh selepas ini lebih muda atau lebih tua daripadanya.
Malah, dia turut berharap jodohnya itu merupakan seorang yang matang serta bijak dari segi hal keagamaan dan sebagainya.
“Yang kelakarnya, yang nak try saya sekarang ni semuanya muda muda.
“Tapi saya ni sejenis tak kisah pun. Tua ke muda ke. Janji laki tu tinggi, elok, ada agama matang dan cerdik,” tulisnya.
Bagaimanapun, pempengaruh itu turut meluahkan dirinya masih lagi tidak bersedia untuk mendirikan rumahtangga dalam tempoh yang terdekat.

Hal ini kerana Cik Epal ingin memberikan sepenuh tumpuan kepada perniagaannya agar terus berkembang maju.
“Nak kawan boleh je. Tapi saya sekarang ni takde rasa lagi nak berkahwin dalam masa yang terdekat.
“Tujuan utama saya sekarang ni adalah majukan perniagaan saya, makaji hq dan pizza mendonia sehingga berjaya,” kongsinya.