VIRAL
Pasca Dicakar, Cik Epal Jalani Rawatan Di Hospital Ampang - "Mata Masih Pedih, Tak Boleh Pakai Mekap"
Personaliti media sosial, Cik Epal, yang mengalami kecederaan pada bahagian mata selepas dicakar dalam satu insiden di kediaman bekas suaminya berkongsi keadaan semasa keadaan kulitnya selepas menjalani rawatan di Hospital Ampang.
Berkongsi di Instagram, Cik Epal memaklumkan, selepas insiden pihaknya telah membuat laporan polis di Balai Polis Ampang sebelum diarahkan oleh pegawai penyiasat (IO) untuk mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.
Selain menerima suntikan, Cik Epal diberikan beberapa jenis ubat termasuk ubat makan dan ubat sapu untuk mengurangkan luka serta radang.
"Bangun pagi today mata pedih lagi. Doctor tak kasi pakai makeup lagi sampai luka sembuh," tulisnya.
Cik Epal turut memuat naik gambar menunjukkan kesan cakar di bawah dan atas kelopak matanya yang kelihatan merah dan bengkak.
Dalam perkongsian lain, Cik Epal menjelaskan bahawa walaupun rawatan telah diberikan sejak 28 April lalu, kesan kecederaan masih terasa setiap kali bangun pagi, malah menyebabkan ketidakselesaan yang berpanjangan.
“Cuma sampai ke hari ini, setiap hari bangun pagi memang mata masih pedih," tambahnya.

Perkongsian Cik Epal ini mendapat perhatian ramai pengikutnya di media sosial yang memenuhi ruang komen dengan ucapan simpati dan doa agar segera pulih.
Ada juga yang menyarankan supaya Cik Epal mendapatkan nasihat doktor lanjut.
Sebelum ini, bekas suami Cik Epal, Jofliam memuat naik sebuah video baru di media sosial, memperlihatkan suasana tegang di rumahnya yang melibatkan Cik Epal dan isteri baharunya, Dewi.
Dalam video tersebut, Jofliam mendakwa Cik Epal bertindak agresif ketika hadir untuk mengambil barang-barangnya.
Menerusi kapsyen yang ditulis pada video itu, Jofliam turut mendakwa bekas isterinya itu telah melanggar privasinya dengan bertindak berlari ke aras satu rumahnya.
Manakala Dewi juga sudah membuat laporan polis terhadap Cik Epal yang didakwa telah mencakar wajahnya.
Must-Watch Video