Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Cikgu Fadli Salleh Harap Kes Zulfarhan Jadi Iktibar - “Jangan Lagi Nak Sorok Kes Semata-Mata Jaga Nama, Nyawa Lebih Penting!”

Mya Amri
24/07/2024 09:50 MYT
Guru Matematik terkenal, Mohd Fadli Salleh berharap kes buli yang melibatkan Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain menjadi iktibar di negara ini.


Tingkatkan kesedaran kes buli


Fadli menerusi hantaran di akaun Facebook miliknya juga turut memberikan cadangan supaya pihak berwajib mengadakan siri jelajah di setiap negeri untuk memberikan kesedaran tentang kes buli.

“Harap sangat KPM dan YBM Fadhlina Sidek buat jelajah negeri ke negeri jemput semua warden dan pengetua sekolah, pengurusan IPTA, IPTS, tempat-tempat berasrama khususnya dan wujudkan kesedaran untuk menolak buli secara besar-besaran.

“Biar tiada lagi buli bertapak di Malaysia. Biar pupus terus,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Terima Kasih Allah SWT Kerana Telah Memakbulkan Doa Kami” – Bapa Zulfarhan

ARTIKEL BERKAITAN:6 Bekas Penuntut UPNM Ke Tali Gantung, Bunuh Zulfarhan



ARTIKEL BERKAITAN:“Kes Sebegini Paling Jarang Ditemui” - Hakim

ARTIKEL BERKAITAN:"Kau Sumbat Anak Kau Makan Apa Sampai Takde Hati Perut" - Nabila Huda Bersuara Isu Buli Sampai Mati

ARTIKEL BERKAITAN:"Saya Maafkan Tertuduh Yang 'Buat' Anak Saya" - Bapa Zulfarhan


Jangan sorok kes buli, nyawa lebih penting


Dalam pada itu, Fadli juga memberikan pesanan supaya tidak menormalisasikan kekerasan yang berlaku di asrama sebagai alasan untuk menjadi pelajar lebih berdisiplin.

“Sekarang ni masih banyak kes buli di sekolah berasrama termasuk di SBP dan MRSM. Namun kebanyakan kes disorok demi menjaga nama baik sekolah.

“Lagi pedih, bila aduan dibuat ada pihak jawab, ‘Biasa lah tu duduk asrama. Setakat kena sikit-sikit tu sebagai pengalaman dan buat mereka 'keras'

“Apa punya alasan lah. Api yang membakar bangunan bermula dari api kecil yang dinyalakan.

“Sama kes dengan buli ini. Kes melibatkan kematian bermula dengan buli kecil senior suruh iron baju, suruh picit badan.

“Kena pandang serius kes buli. Jangan lagi nak sorok kes semata-mata nak menjaga nama. Yang lebih penting dari nama adalah nyawa! Ambil tindakan segera. Jadikan kes sebelum ini sebagai pengajaran,” tegasnya.


Terdahulu, keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas kesemua enam tertuduh yang menyebabkan kematian Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu membuatkan seluruh rakyat Malaysia melahirkan rasa syukur.

Biarpun mengambil masa selama tujuh tahun, namun semua orang berasa puas hati apabila Allahyarham mendapat keadilan yang sepatutnya.

#Cikgu #Zulfarhan #Guru #Kes Buli #Asrama #Cikgu Fadli #Zulfarhan Zulkarnain