,
Berita

“Kes Sebegini Paling Jarang Ditemui” - Hakim

Gempak
23/07/2024
16:55 MYT
Mahkamah Rayuan di sini pada Selasa menyifatkan pembunuhan penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain tujuh tahun lalu, sebagai jenayah kekejaman yang paling jarang ditemui.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail berkata demikian ketika membaca keputusan penghakiman sepanjang 232 perenggan, selama lebih tiga jam bermula jam 9.10 pagi.

Jarang ditemui

Beliau berkata, meskipun enam tertuduh ini melihat mangsa menggelupur kesakitan, mereka tetap menutup mata, tidak peduli dan terus menekap seterika.
Menurutnya, perbuatan itu dibuat hampir keseluruhan badan mangsa termasuk di bahagian kemaluan (kecuali di muka), mengakibatkan 90 kesan lecur.
“Perbuatan tertuduh cukup kejam kerana mangsa telah diikat kaki dan tangan, yang mana sebelum diseterika ke seluruh badan, dia telah dipukul beramai-ramai.
“Walaupun enam tertuduh ini mendengar mangsa menjerit berpuluh kali, mereka memekakkan telinga dan terus juga menekap seterika.
“Perbuatan lima daripada enam tertuduh, menunjukkan mereka berniat jahat, zalim, tidak berperikemanusiaan dan tanpa ada rasa belas kasihan sesama rakan pengajian,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Terima Kasih Allah SWT Kerana Telah Memakbulkan Doa Kami” – Bapa Zulfarhan

ARTIKEL BERKAITAN: 6 Bekas Penuntut UPNM Ke Tali Gantung, Bunuh Zulfarhan

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Bunuh Zulfarhan: Keputusan Rayuan 18 Bekas Penuntut UPNM Esok

ARTIKEL BERKAITAN: Ebit Lew Lawat Pusara & Keluarga Arwah Zulfarhan Osman, Beri Hadiah Pakej Umrah - “Dia Bercita-Cita Bawa Keluarga Pergi Mekah”

ARTIKEL BERKAITAN: "Kau Sumbat Anak Kau Makan Apa Sampai Takde Hati Perut" - Nabila Huda Bersuara Isu Buli Sampai Mati

Bukan itu sahaja beliau berkata, semua tertuduh ini menyembunyikan mangsa untuk mengelakkan perbuatan jenayah mereka diketahui pihak atasan.
Katanya, mereka tidak membawa mangsa ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan meskipun telah dinasihatkan oleh Pegawai Perubatan Klinik As-Salam Bandar Baru Bangi, Dr Azfar Hussin.
Menurutnya, mereka menyalahkan Zulfarhan dalam kejadian ini sedangkan hakikat yang sebenarnya ialah semua masalah ini berpunca daripada perbuatan semua tertuduh ini.
Hadhariah berkata, mahkamah bersetuju dengan pendakwaan bahawa cara jenayah bunuh dilakukan bukan sahaja mengejutkan ‘hati nurani kehakiman’ malah termasuk masyarakat.

“Kes sebegini paling jarang ditemui daripada kes-kes yang pernah berlaku atau ‘rarest of the rare’.

“Ia melibatkan jenayah kekejaman yang amat merbahaya kepada masyarakat, perbuatan zalim sebegini harus dihentikan,” katanya yang bersidang bersama Hakim Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kes Rogol: "Tindakan Da'i Syed Tidak Dapat Diterima Akal" - Hakim

gempak
30/08/2024
11:25 MYT
Mahkamah Sesyen Putrajaya pada Jumaat memutuskan bahawa, tindakan Da'i Syed sebagai seorang pendakwah, merogol seorang wanita berusia 23 tahun, merupakan suatu yang tidak dapat diterima akal secara munasabah.
Terkini

Kes Bunuh Cikgu Istiqomah: Suspek Bekas Kekasih Di Universiti

gempak
12/08/2024
06:34 MYT
Polis mengesahkan suspek yang direman berhubung kes pembunuhan Cikgu Istiqomah merupakan bekas seorang guru dan bekas teman lelaki mangsa ketika di universiti.
Hiburan

Zubir Khan Janji Jumpa Keluarga Zulfarhan Dalam Masa Terdekat - "Sebenarnya Saya Takut Saya Terlalu Sedih Nanti..."

gempak
10/08/2024
07:55 MYT
Penyanyi yang semakin meningkat naik ini turut berkata, dia juga telah menghantar pesanan menerusi WhatsApp kepada adik arwah Zulfarhan mengenai hasratnya itu.
Berita

Dah Terlambat Nak Mohon Maaf, Ibu Bapa Zulfarhan Enggan Jumpa Keluarga Tertuduh – “Cukuplah…Kenapa Tunggu Sekarang?”

gempak
04/08/2024
11:25 MYT
Keluarga Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tidak mahu untuk berjumpa dengan keluarga tertuduh kerana menyifatkan ia sudah terlambat.
Viral

Syukur Kes Zulfarhan Sudah Berakhir, Ramai Harap Agar Kematian Amirul Nashriq Turut Mendapat Pembelaan Sewajarnya

gempak
29/07/2024
12:15 MYT
Seluruh rakyat Malaysia melahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan memutuskan keenam-enam tertuduh yang mengakibatkan kematian Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.