Viral

Cikgu Zack Kirana Berang Difitnah, Tuntut Permohonan Maaf – "Sekiranya Tiada Permohonan Maaf Selama Tempoh Tiga Hari…”

Umirah Halim
17/02/2024
06:00 MYT
Pempengaruh, Cikgu Zack Kirana menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada dua individu yang telah memfitnah dirinya di laman sosial.
Berdasarkan perkongsian, Cikgu Zack Kirana kelihatan berang apabila ada individu yang mendakwa dirinya memberi ajaran yang salah kepada pelajar.
"Sakit hati kita tengok Zack Kirana tu, kerana dia lah rosak budak-budak SPM 2023, sebab dia nasihatkan mereka tak buat eye contact dengan pentaksir.
"Kerana dia lah budak-budak tu syok sendiri bercakap membelakangkan kita sebagai pentaksir," tulis individu tersebut.

Berita Trending: Pengarah Lempar Kerusi, Pelakon Wanita Takut Datang Set Penggambaran

Bukan itu sahaja, Cikgu Zack Kirana juga mendakwa dirinya diserang oleh seorang lagi pempengaruh yang dikenali sebagai Sir Ghaz, yang turut mengkritik dirinya berdasarkan status yang dibuat oleh individu tersebut.
Susulan itu, Cikgu Zack Kirana tampil dengan sebuah video yang menuntut permohonan maaf daripada dua individu tersebut.
@zackkirana27 Saya menuntut PERMOHONAN MAAF secara TERBUKA daripada @SIR GHAZ dan guru beliau yang memuat naik status berbaur fitnah dan mengundang kebencian serta keraguan orang ramai terhadap kredibiliti saya. Masa yang diberi hanyalah TIGA HARI SAHAJA! Pastikan anda sebut dan tag nama saya dalam hantaran permohonan maaf. #zackkirana #saman #cikguzackkirana #fyp #fypシ #foryoupage ♬ original sound - zack kirana
"Status ini sangat biadap yang menjatuhkan fitnah ke atas saya untuk mencalarkan reputasi saya.
"Dalam kami sibuk membantu anak murid melawan anasir-anasir negatif ada yang bagitahu tak payah pergi sekolah, sekolah tak guna, SPM takde nilai.
"Kami nak clearkan media-media sosial nak pastikan anak-anak murid tak terjebak,tapi ada yang nak kacau.
"Bagi saya kalau kita benar-benar jiwa pendidik, kalau saya silap DM saya bagitahu bukannya mengecam dan memfitnah saya secara terbuka.
"Ini bukan satu budaya yang baik, kita kemain ajar murid supaya tidak menjadi pembuli siber tapi kita sendiri yang menjadi pembuli siber malu sangat-sangat.
"Video ini dibuat adalah untuk menuntut permohonan maaf secara terbuka dan ikhlas daripada dua individu ini, Sir Ghaz dan juga seorang guru yang membuat sebuah hantaran di laman sosial.
"Sekiranya tiada permohonan maaf selama tiga hari dari hari ini, saya akan bawa perkara ini ke peringkat selanjutnya, tegasnya.
Untuk rekod, Cikgu Zack Kirana merupakan salah seorang calon bagi acara berprestij Gempak Most Wanted 2022 bagi kategori Motivator Digital Tergempak tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Cikgu Fadli Salleh Harap Kes Zulfarhan Jadi Iktibar - “Jangan Lagi Nak Sorok Kes Semata-Mata Jaga Nama, Nyawa Lebih Penting!”

gempak
24/07/2024
09:50 MYT
Guru Matematik terkenal, Mohd Fadli Salleh berharap kes buli yang melibatkan Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain menjadi iktibar di negara ini.
Viral

"Puan Nak Saya Buat Apa?" - Guru Terkesima Terima Mesej Wanita Mengadu Anak Tingkatan 1 Kasut Hilang Sebelah

gempak
04/07/2024
07:55 MYT
Sebuah perkongsian yang dibuat seorang guru memaparkan seorang wanita dipercayai mengadu tentang kasut anaknya yang hilang sebelah mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Viral

“Kenapa Sekarang? Kenapa Bukan Masa Kes Khalwat?” Didi Astillah Persoal Permohonan Maaf Ruhainies

gempak
28/04/2024
07:57 MYT
Adik kepada Bella Astillah, Didi Astillah turut membuka mulut mengenai kemelut yang melanda kakaknya dan pelakon Ruhainies.
Terkini

Polis Siasat Dakwaan Guru Jalin Hubungan Cinta Dengan Pelajar Lelaki

gempak
25/03/2024
02:30 MYT
Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila seorang guru sekolah menengan didakwa menjalinkan hubungan cinta bersama pelajar lelaki.
Viral

Isu Cikgu Jalin Hubungan Terlarang Bersama Pelajar, Ibu Dakwa Pernah Ada Kesan Lebam Di Leher Pelajar?

gempak
25/03/2024
00:00 MYT
Tular di media sosial baru-baru ini mengenai seorang guru wanita sekolah menengah kebangsaan (SMK) didakwa menjalin hubungan cinta bersama pelajar lelaki yang berumur 17 tahun.