Astro Ria kini kembali dengan slot MegaDrama terbaharu berjudul Cina Buta.

Slot MegaDrama kali ini pasti akan menarik perhatian penonton Astro dengan penceritaan kisah perceraian dan masalah rumah tangga dalam kalangan masyarakat yang dianggap masih taboo di layar perak.

Menurut ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh, pihak produksi turut mendapatkan
khidmat pegawai-pegawai agama bertauliah sepanjang menjalani penggambaran.

“Slot MegaDrama kami sentiasa mempunyai pembaharuan yang dapat memberi para penonton sedikit kelainan.

“Kali ini kami mempersembahkan naratif yang berat dalam konsep dramedy menerusi Cina Buta. Penggunaan istilah ‘Cina Buta’ mungkin jarang diperdengarkan di kalangan masyarakat.

“Namun membawa maksud yang sangat penting dalam kehidupan sesebuah rumah tangga. Ia bermaksud perkahwinan yang dirancang untuk mendapatkan semula bekas isteri setelah terjatuhnya talak tiga.

Cina Buta juga turut menyelitkan banyak pengajaran dan fakta buat penonton yang kurang arif tentang istilah ini.

“Pihak pihak produksi turut mendapatkan khidmat pegawai-pegawai agama bertauliah dari pejabat agama untuk menasihati garis panduan isi kandungan, penceritaan serta apa yang betul dan salah sepanjang pengambaran dijalankan.

“Drama ini boleh berkongsi serba sedikit mengenai hukum-hukum agama dalam perkahwinan serta pentingnya menjaga adab ketika berkahwin agar tidak menyesal kemudian hari.

“Bukan itu sahaja, Cina Buta juga menyelitkan betapa beratnya perkataan cerai dalam hubungan suami isteri.

“Malangnya, jika disalah gunakan, ada yang akan terkesan dengan tindakan penggunaan perkataan cerai secara bersahaja,” jelasnya.

A post shared by Bambam Studios (@bambam_studios)

Tambah Norzeha lagi, dia juga amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan pengarah hebat seperti Shahrulezad atau lebih dikenali sebagai budak Ijat.

“Kami berasa amat berbangga dengan hasil karya daripada Shahrulezad Mohameddin yang memang berbakat dalam memilih apa yang patut ditonjolkan dalam penceritaan drama ini.

“Selain menjadikan sebuah drama yang mampu menghiburkan para penonton ia juga dapat memberikan penjelasan dan pengajaran.

“Gandingan para pelakonnya juga mantap. Kami yakin lakonan mereka ini pasti akan membuatkan para penonton tidak sabar untuk menonton Cina Buta,”

Penceritaan yang sarat dengan liku-liku kehidupan berumah tangga serta pengajaran tentang hukum-hukum perkahwinan ini menampilkan gandingan trio baharu iaitu Ungku Ismail Aziz sebagai Sharnaz, Nad Zainal sebagai Mia Sara dan Aliff Aziz sebagai Aliff.

Drama ini merupakan hasil karya daripada Shahrulezad selaku penerbit, penulis skrip serta pengarah.

Para penonton juga dapat menyaksikan telatah-telatah yang mengujakan daripada watak Puteri Aishah, Norreen Iman, Anas Ridzuan, Azhan Rani, Aman Aziz, Didie Alias dan Shamsul Ghau Ghau.

Cina Buta akan ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 22 November 2022, jam 10.00 malam secara eksklusif di slot MegaDrama melalui saluran Astro Ria (104).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, drama ini juga boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati drama ini di Astro.

Sinopsis:


Mengisahkan tentang pasangan suami isteri, Sharnaz dan Mia Sara yang mempunyai ego tinggi, sering bergaduh sehingga mereka bercerai buat kali ketiga.

Sharnaz yang masih sayangkan bekas isterinya itu ingin kembali bersamanya menerusi perkahwinan cina buta namun dibantah oleh Mia Sara sendiri kerana bertentangan dengan agama.

Mia Sara kemudian bertemu dengan Aliff dan berkahwin dengannya untuk melupakan tentang Sharnaz.

Tanpa disedari, kehadiran Aliff adalah sebahagian daripada helah Sharnaz untuk mendapatkannya semula.

Namun dalam keinginan Aliff untuk menolong Sharnaz kembali bersama bekas isterinya, dia terjatuh cinta dengan Mia Sara.