Selepas memaklumkan berita gembira bebas sepenuhnya daripada kanser limfoma pada Disember lalu, penyanyi Elyana ingin memberikan tumpuan dan masa buat kedua-dua permata hatinya, Cinta Sumayyah dan Ramadhani.
BACA: "Kanser Saya Hilang!" - Elyana Kongsi Berita Gembira, Perjuangan 11 Tahun Berhasil
Jelas Elyana, Cinta pernah menyatakan impiannya untuk mempunyai bonda (panggilan untuk Elyana) yang sentiasa sihat dan menjalani rutin seperti wanita normal lain.
"Sudah 22 tahun saya terlibat dalam industri ini dan sudah puas bekerja. Inilah masanya saya cipta memori bersama anak-anak. Saya tak mahu bila besar nanti mereka hanya ingat tentang kisah ibunya sakit.
"Tiada apa yang saya kejar lagi. Saya mahu gembira, kesihatan yang baik dan ketenangan. Anak selalu harapkan saya menjadi ibu normal seperti orang lain yang tidak sakit dan menemani dia ke mana sahaja.
"Dialah yang selalu berharap agar saya menjadi ibu normal seperti ibu rakan-rakannya. Seorang ibu yang tidak sakit, akan teman dia berenang dan lakukan semua aktiviti bersama-sama. Inilah yang anak-anak saya nantikan selama ini," ujarnya kepada Gempak.
Tambah Elyana, dia bagai terasa seperti masih dalam mimpi kerana doa yang dimohon sejak lebih sedekad sudah termakbul.
"Selama ini orang selalu bercakap, sabarlah kerana setiap ujian pasti ada pelangi di hadapan. Perkara ini terjadi kepada saya. Ini adalah pelangi yang saya nantikan.
"Pernah sebelum ini saya tidak lagi berharap akan sembuh, hanya mahu kuat untuk terus hidup. Sampai sekarang rasa seperti mimpi, apa yang saya doakan sudah berlaku akhirnya," ujar Elyana.
Sebelum ini, Elyana membuat pendedahan menghidap kanser limfoma tahap empat selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada tahun 2017.
Bagaimanapun, pelantun lagu Diriku Tapak Sulaiman itu berkata dia masih perlu menjalani empat lagi rawatan kemoterapi yang dijadualkan akan bermula pada bulan hadapan.
"Saya masih ada lagi empat sesi dan seterusnya pada Februari nanti. Sebenarnya doktor ada juga mencadangkan untuk saya membuat transplan, tetapi ia memakan kos yang sangat besar.
"Cuma, saya harap tak perlu nak buat transplan selepas selesai buat kemoterapi. Malah, ketika ini saya juga sedang ambil beberapa suplemen yang menurut pakar memang elok untuk kesihatan saya," tambahnya.
Terdahulu, Elyana berkahwin dengan Khairul Anuar Husin pada tahun 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata Cinta Sumayyah, 12, dan seorang anak angkat iaitu Ramadhani yang kini berusia tiga tahun.
Amri Hassan
Wed Jan 19 2022


PU Syed Persoal 'Acara Gelek' Ifa Raziah, Kak KM: “Bagaimana Status Rezeki Yang Terbit Dari Usaha Yang Haram...?”
PU Syed tegur Ifa, Kak KM

Tunang Shuib, Watie Selesai Kursus Kahwin Di Usia 35 Tahun - "Orang Kata Yang Lambat Selalunya..."
Watie dakwa dia peserta tertua pergi kursus kahwin

KRU Perkenalkan Wetland Studios Putrajaya, Syarikat Milik Selebriti Pertama Mengendalikan Taman Tema
Menarik untuk dikungjungi satu family!

Berkawan Baik, Arnold Schwarzengger Sifatkan Bruce Willis Yang Nyanyuk Tak Pernah Bersara
Arnold sifatkan Bruce seorang insan luar biasa

Jalin Hubungan Dengan Aktor 10 Tahun Lebih Muda, Luna Maya Syukur Disokong & Minta Doa
Luna Maya ada kekasih baharu!

Siap Dalam Masa Tiga Hari, Syabil Harap Lagu Dunia Kita Mendapat Tempat Dalam Kalangan Pendengar Muzik Tempatan
Lagu Dunia Kita terinspirasi daripada pengalaman sebenar

Ini Sebab Sharifah Sakinah Pasang Ayat Al-Quran Ketika Shooting Filem Jemputan Ke Neraka…
Penggambaran pula dekat banglo lama.

#BIGSTAGE5: Baju Yang Digayakan Aina Abdul Ganggu Pandangan Penonton? Ini Jawapan Pihak Produksi: “Tak Pernah Terima Sebarang Aduan…”
Pihak produksi dah bagi jawapan

Lima Tahun Hajat Tertangguh, Raffi Ahmad Buat Kejutan Bawa Pekerja Tunai Haji
Raffi Ahmad lunas hajat

#BIGSTAGE5: “Duduk Belakang Aina Ke, Ajai Ke, Korang Still Terhalang” - Pereka Baju Aina Abdul Tampil Beri Penjelasan
Ini penjelasan Masyadi Mansoor