Berbekalkan minat yang mendalam sejak kecil dan lebih lima tahun pengalaman dalam menyertai pertandingan nyanyian, bintang baru, Qaidzul membuka langkahnya untuk masuk ke industri hiburan tempatan.
Sebelum ini, Qaidzul memang dikenali oleh pengikut setianya di laman sosial seperti YouTube kerana gemar menyanyikan semula lagu-lagu artis popular tempatan dan antarabangsa.
Kini, anak muda yang berasal daripada Klang, Selangor ini muncul dengan single pertamanya yang berjudul Tak Perlu Ungkapkan.
Lagu ciptaan DJ Fuzz ini memberi peluang kepada Qaidzul untuk menunjukkan kemampuannya sebagai seorang bintang baru di Malaysia.
Lebih menarik lagi lagu ini mendapat sentuhan empat orang penulis lirik iaitu penyanyi Hez Hazmi, serta Jiwa, Yus Zainal dan juga Azren Albakri.
Mereka telah bekerjasama untuk menghasilkan sesuatu yang indah buat percubaan pertama Qaidzul dalam industri seni suara.
Menurut Qaidzul, lagu ini berkisahkan cinta yang tak kesampaian di mana hati lelaki di dalam lagu tersebut telah dipermainkan oleh wanita.
Walau bagaimanapun, lagu ini tiada kaitan dengan pengalaman hidup Qaidzul sendiri dan ia hanyalah sekadar sebuah lagu.
Sungguhpun begitu, dia yakin pasti ramai lelaki yang pernah melalui keadaan sedemikian.
Pihak Rocketfuel Entertainment yakin bahawa buah tangan pertama Qaidzul ini mempunyai potensi yang besar untuk diterima para peminat muzik tanah air dengan gubahan muziknya
yang mengasyikkan serta kemerduan suara Qaidzul sendiri.
“Walaupun Qaidzul masih baru dalam industri muzik Malaysia, saya percaya dengan bakat nyanyiannya.
"Saya berharap agar Tak Perlu Ungkapkan menjadi permulaan bagi kerjaya Qaidzul dan berharap lagu ini dapat diterima ramai sebelum dia mengorak langkah dan melangkau lebih jauh,” kata Feros selaku Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records
Lagu Tak Perlu Ungkapkan boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.
Video lirik dan muzik lagu ini juga boleh di tonton di saluran YouTube Rocketfuel Network.
Kamaruddin Razal
Thu Sep 13 2018
Linkin Park Bakal Reunion, Vokalis Evanescence Ganti Mendiang Chester Bennington?
Satu sumber memberitahu kumpulan legenda Linkin Park akan reunion sekaligus melakukan siri jelajah konsert pada 2025.
Kekasih 40 Tahun Lebih Muda, Cher: “Seusia Saya Ramai Sudah Mati”
Sekitar akhir tahun 2022, penyanyi Cher mendedahkan dirinya kembali dilamun cinta menerusi perkongsian foto mesra bersama seorang lelaki.
Pernah Kaut Pendapatan Tinggi Live TikTok, Riezman Khuzaimi Dilantik Duta Agensi KamiSempoi
Setelah lebih dua tahun beroperasi, agensi Tiktok KamiSempoi International Agency melantik pelakon Riezman Khuzaimi sebagai duta.
"Benda Dah Settle Kenapa Nak Ungkit Lagi?" - Muaz Zabir Bidas Kenyataan Aliff Aziz!
Muaz Zabir tampil bersuara susulan isu podcast Aliff Aziz baru-baru ini.
Banyak Bagus Festival 2024 Gabung Artis Popular 4 Negara!
Banyak Bagus Festival (BBF) 2024 melakar sejarah tersendiri apabila menggabungkan artis popular dari empat negara Asia iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.
BUJANG SEPAHTU KEPOK BONDA
Pak Ya ada 2 orang anak lelaki agak malas, Jep dan Shuib yang selalu lewat tidur dan jarang membantu kerja rumah. Suatu malam, kedua-dua anak lelaki itu melihat ayah mereka dalam keadaan sedih kerana belum memenuhi niatnya untuk membina kepok untuk isterinya yang telah meninggal. Mereka sedar dan bertekad untuk mencari wang untuk membantu ayah mereka
Tahniah! Michelle Yeoh Antara 19 Penerima Medal Of Freedom
Tahniah Tan Sri Michelle Yeoh.
Abby Abadi Dedah Kerjaya Sebenar Aslam - "Dia Pemandu E-Hailing, Buat Bisnes ..."
Pelakon Abby Abadi mendedahkan menantunya, Ahmad Aslam bekerja sebagai pemandu e-hailing bagi menampung kehidupan keluarganya.
“Ibu Mana Boleh Tahan? Senang Senang Nak Dajjalkan Anak Aku, Cakap Muka Macam Bab*” - Isteri Caprice Ulas Isu Melutut
Sabar seorang ibu juga ada hadnya.
Pesawat Ringan Terhempas Di Tanjung Malim, Dua Mangsa Selamat
Syukur mangsa selamat.