Gaya Hidup

Ciri Maskulin Arja Lee Pikat Rakan Kongsi Hasil Kurta Hipster

gempak
Fiza Kamarudin
21/11/2016
10:30 MYT
Sponsor Banner
Ciri Maskulin Arja Lee Pikat Rakan Kongsi Hasil Kurta Hipster
Pelakon Arja Lee mengumumkan pelancaran koleksi kurta eksklusif yang dihasilkan menurut cita rasanya sendiri, mengikut trend hipster masa kini.
Arja atau nama penuhnya Azharudin Ramli, 33, melancarkan kurta eksklusif yang diberi nama koleksi Dhanee hasil kolaborasi bersama butik online RAINI Exclusive hari ini.
Kolaborasi ini juga dilihat sebagai pencetus buat jenama Arja Lee untuk berkecimpung dalam dunia perniagaan fesyen moden.
Menariknya, setiap rekaan koleksi Dhanee hadir dalam pilihan 12 jenis warna yang pastinya memenuhi citarasa lelaki moden dan boleh digayakan dalam sebarang acara kasual, santai mahupun korporat.
Pengasas RAINI Exclusive, Noraini Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Ainyy Zain, berkata, pemilihan Arja sebagai rakan kongsi dilihat mampu melonjakkan nama butik online RAINI Exclusive dalam rekaan dunia fesyen moden.
“Populariti dan tarikan maskulin yang terdapat dalam diri Arja Lee mampu membina aura keyakinan bakal pelanggan ARLEE by RAINI Exclusive ini.
“Arja Lee juga begitu bersungguh dalam kesemua perbincangan perniagaan sebelum ini demi memastikan semua perancangan berjalan dengan baik,” katanya.
Sementara itu bagi Arja, dia melihat kolaborasi tersebut sebagai batu loncatan buatnya berkecimpung dalam dunia perniagaan.
“Selepas kejayaan dalam bidang lakonan, saya mahu mencabar diri saya melakukan sesuatu yang baharu.
“Tawaran daripada RAINI Exclusive hadir tepat pada masanya. Saya berharap penghasilan koleksi Dhanee oleh ARLEE by RAINI Exclusive memenuhi kehendak pasaran Muslim yang kini semakin terbuka dalam penggayaan moden,” ujarnya.
Pelanggan yang ingin membuat tempahan awal secara atas talian, layari laman web fesyen Muslim www.roopawan.com mulai 24 Nov 2016 kelak dengan harga permulaan serendah RM129.
Untuk maklumat lanjut berkenaan stokis dan tempahan awal, ikuti laman sosial RAINI Exclusive di Facebook – www.facebook.com/rainiexcslusive & Instagram - www.instagram.com/rainiexclusive.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live