Polis telah menahan seorang pengasas produk kecantikan bagi membantu siasatan ekoran klip video viral yang memaparkan aksi lelaki tersebut mencium bibir kanak-kanak lelaki.

Memetik laporan BERNAMA, suspek telah ditahan di rumahnya sekitar bandar raya semalam dan kini direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

Perkara itu telah disahkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly.

Menurut beliau, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017 untuk menyiasat kes berkenaan.

Terdahulu, video lelaki itu mencium bibir kanak-kanak yang didakwa adik angkatnya tular di media sosial dan menerima kecaman serius daripada pelbagai pihak.

Aksi sebegitu ditunjuk menerusi beberapa perkongsian lelaki itu di TikTok sebelum menyahaktif akaun aplikasi tersebut.

Sumber : BERNAMA
Kredit Foto : BuzzKini