Tindakan segelintir peminat wanita yang gagal mengawal diri saat bertemu idolanya, Jin BTS ternyata mengundang padah.

Peminat tersebut telah hadir ke majlis bertemu Jin dengan tema Free Hug Event (acara berpeluk) yang diadakan di Jamsil Indoor Gymnasium, Seoul, Korea Selatan pada 13 Jun 2024.

Gangguan seksual

Acara tersebut diadakan sebagai tanda terima kasih dan sesi bertemu ARMY (peminat BTS) selepas Jin selesai menjalani servis latihan tentera.

Dihadiri 1,000 ARMY, hampir kesemua peminat mematuhi tema dan arahan dengan sebaiknya iaitu bertemu Jin, berpeluk dan turun daripada pentas yang disediakan.

Berita Trending: Amelia Henderson Harap Dapat Jumpa Lelaki Yang Boleh Hargai Dirinya

Berita Trending: “Saya Dengan Aedy Kawan, Tak Rapat Macam Dulu “ - Amelia Henderson

Berita Trending: Fiziwoo Keluar Disclaimer, Rakam Video Promosi Baju Raya Bersama Ruhainies Disember Lalu - "Kami Tiada Niat Mencalarkan Imej Individu..."

Berita Trending: “Tiada Istilah Pergaduhan Atau Apa-Apa” - Tidak Lagi Bersama Amelia Henderson, Aedy Ashraf Serah Pada Takdir

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Sambung Enam Hari

Namun ada segelintir peminat tidak mengikut syarat yang ditetapkan apabila cuba mencium Jin dan perbuatan tersebut dirakam kamera sekaligus membangkitkan kemarahan.

Lantaran itu, Balai Polis Songpa Seoul mengeluarkan kenyataan telah menerima laporan melalui petisyen yang dibuat menerusi forum mengenai tindakan peminat cuba mencium Jin di khalayak ramai pada acara yang dianjurkan.

Jika didapati bersalah, peminat yang berkelakuan tidak senonoh boleh dikenakan dakwaan melakukan gangguan seksual, lapor AllKPop.

Korang dah tengok filem The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.