Hiburan

“Saya Dengan Aedy Kawan, Tak Rapat Macam Dulu “ - Amelia Henderson

gempak
Umirah Halim
12/06/2024
11:53 MYT
Sponsor Banner
“Saya Dengan Aedy Kawan, Tak Rapat Macam Dulu “ - Amelia Henderson
Pelakon dan pengacara Amelia Henderson memaklumkan dia dan aktor Aedy Ashraf susah tidak menjalinkan hubungan cinta.

Tak rapat

Amelia atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson menjelaskan bahawa hubungannya dengan pelakon berusia 30 tahun itu sudah tidak seakrab dahulu.

“Saya dan Aedy kawan, kami tak rapat macam dulu, kita dah kawan daripada jauh sebab mungkin timing tidak sesuai dan saya rasa tak nak bercerita terlalu jauh pasal benda ini.

“Apa-apa pun kami sudah in seperated ways tiada apa yang saya boleh ulas cuma dia memang seorang aktor yang hebat dan saya doakan yang terbaik untuk Aedy, saya tak sabar nak tengok Projek Kahar yang akan keluar nanti,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Ada Yang Kurang Senang Sharnaaz Ambil Foto Berdua Dengan Amelia Henderson, Aedy Ashraf Komen - “Janganlah Marah, Dia…

BERITA TRENDING: “Dia Sangat Cantik, Dia Bijak” - Akui Rapat Dengan Amelia Henderson, Aedy Jawab Soal Kahwin & Perancangan Masa Depan

Sementara itu, Amelia turut memaklumkan bahawa ‘masa’ merupakan alasan hubungannya dengan pelakon drama bersiri Project High Council itu berakhir.
“Sometimes things end but not for dramatic reasons tetapi sebab masa itu tidak bersesuaian.
“Sudah lama benda ini berlaku cuma kami tak keluarkan sebarang kenyataan sebab kami nak hormat each other,” tambahnya lagi.

Pernah melamar

Imbas semula pada Mac tahun lalu, Aedy membuat kejutan melamar Amelia secara terbuka menjadi kekasihnya di sebuah acara di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, pada akhir Julai 2023, Amelia dan Aedy seperti memberi bayangan hubungan cinta mereka sudah putus apabila masing-masing memuat naik ciapan seperti dalam emosi kesedihan dan kecewa.
Malah, Aedy juga turut memadam foto-fotonya bersama Amelia dalam akaun Instagramnya yang sebelum ini dimuat naik sepanjang mereka berlakon dalam sebuah drama pada tahun lalu.
Sebelum ini, Aedy dan Amelia dikatakan mula rapat selepas sama-sama terlibat dalam drama berjudul Kisah Cinta Kita yang ditayangkan pada hujung tahun 2021.
@imyourdaisyyy Please sentiasa jadi kawan selamanya. Kawan yang selalu support eo, ada untuk eo okayy ?❤️ i sentiasa doakan yang baik2 untuk korang berdua ?? #aedyamelia #aedyashraf #ameliahenderson ♬ Sahabat Tak Akan Pergi - Betrand Peto Putra Onsu & Anneth

BERITA TRENDING: Amelia Henderson Berjaya Buat Rayuan, Tak Perlu Bayar RM200,000 Kepada A. Aida Production

BERITA TRENDING: Aedy Ashraf Akui Tak Ada SPM, Korbankan Zaman Remaja Demi…

BERITA TRENDING: Amelia Henderson Cabar Diri Bawa Watak Pelacur - “Saya Tidak Takut Dengan…”

BERITA TRENDING: Amelia Henderson, Aedy Ashraf Bakal Nikah?

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live