Pelakon Noorkhiriah tidak berpuas hati dengan sikap orang ramai yang tidak mementingkan kebersihan tandas awam apabila membuang tuala wanita sesuka hati terutamanya di kawasan rehat dan rawat (RNR).

Menerusi laman Instagram (IG) miliknya, Khiriah memuat naik luahan perasaan beserta kapsyen buat tatapan umum.

Menurut Khiriah, ramai yang tidak mempunyai sikap bertanggungjawab kerana tahu akan ada tukang cuci yang akan membersihkan.

"Maaf nak tanya..apa yang korang rasa bila masuk tandas awam lebih-lebih lagi tandas rnr?

"Korang ada rasa tanggungjawab atau takpelah..ada orang tukang cuci.

"Aku buang tuala tuttt merata-rata dengan kesan pun takpe," tulisnya.

Khiriah menekankan jika dalam diri mempunyai rasa bertanggungjawab, tidak akan melakukan perkara seperti itu.

Pelakon drama bersiri Nur berkata jika tidak mempunyai rasa kasihan terhadap tukang cuci, wujudkan sikap pentingkan kebersihan itu sebagai sebahagian dari iman.

"Mana sivik kita sebagai seorang wanita? Akak tanak kisah bab tandas lelaki sebab tak pernah masuk.

"Korang andai rasa tanggungjawab, kita takkan buang tuala wanita @ pad, pampes bersepah macam tu je dengan taik, darah masih melekat.

"Cleaner bukan hamba kita, mereka cari rezeki. Kalau takde rasa kasihan tapi timbulkanlah rasa kebersihan itu sebahagian dari iman.

"Bagi akak, cleaner, pengutip sampah, itu tahap kerja mereka lagi mulia dari yang dok bersejuk pakai kot, kepit beg celah ketiak, pintu kereta orang bukakan. Maaf andai ada yang tidak setuju," luah Khiriah.

Rata-rata netizen menyokong tindakan Khiriah bersuara mengenai isu tersebut.



Jangan kita salahkan BANGSA bagi akak tanggungjawab BERSAMA..

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on