Berita

Cleopatra Kecewa Vivy Yusof Nak Saman Peniaga Kecil... "Sikap Kebudak-Budakan Bunuh Reputasi Kamu"

Amri Hassan
08/05/2020
03:21 MYT
Usahawan sensasi Cleopatra mengakui kecewa dengan sikap Vivy Yusof yang bertindak hendak menyaman seorang peniaga kecil atas dakwaan memfitnahnya.
Kata Cleopatra, tindakan kebudak-budakan itu telah menghapuskan rasa hormatnya terhadap pengasas jenama popular dUCk itu.
"Vivy, saya menghormati kamu sebelum ini tetapi tidak lagi selepas membaca kisah ini.
"Sepanjang kehidupan saya, saya dan dua anak kecil saya banyak kali difitnah dan diserang dari pelbagai sudut.
"Kalau saya buka satu kes saman pun saya dah boleh dapat berjuta-juta ringgit. Tapi ada tak saya hantar surat peguam?
"Anda hanya fikirkan reputasi anda saja, macam mana pula dengan gadis ini yang bersusah-payah mencari duit untuk hidup?" tulisnya di Twitter.
Tambah Cleopatra lagi, Vivy sepatutnya menyokong sesama usahawan wanita untuk lebih berjaya berbanding menjatuhkan sesama sendiri.
"Wanita sepatutnya menyokong satu sama lain, bukan menjatuhkan sesama sendiri.
"Disebabkan gadis seperti dialah, anda boleh berjaya seperti sekarang.
"Tindakan kebudak-budakan sebegini akan menjatuhkan reputasi anda ada masa akan datang.
"Jadi, saya cadangkan situasi terbaik untuk menyaman apabila anda terpaksa menjual semula salah satu beg Chanel anda," tambahnya.
Cleopatra tampil mengulas perkara tersebut selepas diminta oleh pengikutnya untuk memberikan pandangan terhadap nasib seorang peniaga kecil yang dianiaya.
Baru-baru ini gadis yang dikenali sebagai Syaza itu tampil mendedahkan Vivy telah mencuri paten dari sampul raya yang dijualnya untuk dijadikan corak tudung usahawan tersebut.
Bagaimanapun, pendedahannya itu memakan diri apabila mendapat surat saman fitnah dari peguam Vivy. Ekoran itu ramai yang meminta agar Cleopatra membantu Syaza untuk berdepan situasi melibatkan undang-undang dan hak cipta.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
The Masked Singer Musim ke 4

Rasa Macam Penari Jahat, Lucu Bila Che Ta Malu Nak Turun Kereta - “Nak Look Cleopatra Tapi Dapat…”

gempak
04/01/2024
05:55 MYT
Luculah Che Ta ni.
Laman Utama

Dikritik Tidak Sensitif, Vivy Yusof Jawab Sebab Buka Pre-Order Koleksi Palestin

gempak
16/10/2023
04:50 MYT
Ini jawapan Vivy
Laman Utama

#BIGSTAGE5: Busana Final Aina Abdul Dapat Pujian, Digelar Cleopatra Malaysia - “Ala Lepas Ni Rindu Nak Teka-Teka Baju”

gempak
10/07/2023
11:50 MYT
Cantiknya Cleopatra Malaysia ni.
Laman Utama

"Saya Menjerit..." - Vivy Yusof Berdepan Detik Cemas Penyeluk Saku Di London, Mujurlah Ada...

gempak
22/10/2022
23:50 MYT
Nervouslah...
Laman Utama

Kasarnya! Netizen Panggil Influencer & Calon PRU15 'Pelakon P*rn*', Ini Jawapan Empunya Diri - "Saya Ibu Tunggal Dua Cahaya Mata…"

gempak
21/10/2022
05:55 MYT
Tak baik label Cleopatra macam tu!