Pelakon baru Alya Iman berpendapat menyunting gambar untuk dikongsi di Instagram adalah bukan satu perkara janggal.

Menurut Alya, perkara itu sudah menjadi kebiasaan untuk rata-rata pengguna laman sosial tersebut.

"Bercakap mengenai sunting gambar di Instagram, come on guys, Instagram is fake! Itulah yang sejujurnya.

"Sudah tentu kita mahu kelihatan baik dengan posisi yang sesuai, saya rasa hampir semua orang akan sunting gambar, gunakan 'filter' terlebih dahulu sebelum dikongsi, itu sudah jadi perkara biasa," katanya kepada Gempak baru-baru ini.

Tambah Alya, posisi badan dalam gambar lebih senang digayakan untuk kelihatan seperti yang dimahukan berbanding video.

"Lagipun, kalau kita ambil gambar, agak senang untuk kita cari 'angle' kerana ia tidak bergerak seperti video.

"Kalau video pula, agak susah untuk kita cuba cari 'angle' kurus seperti dalam sekeping gambar," selorohnya.

Terdahulu, terdapat segelintir netizen mengatakan Alya menyunting fotonya di Instagram sehingga ada yang mengatakan dia sebenarnya kelihatan sedikit berbeza dari imej yang dipaparkan di laman sosial berkenaan.