Usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat berkongsi beberapa foto yang diambil sekitar majlis perkahwinan usahawan dan jurusolek, Datuk Alha Alfa baru-baru ini.

Menariknya, Sajat seakan-akan memberi 'hint' tentang teman rapatnya, Fasha Sandha yang dikatakan sedang berbadan dua.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.

"Walaupun lama tak jumpa, tapi bila jumpa harus bergambar tau, my lovely cute friend @fashasandha dan @elisyasandhaofficial... Comel sis @fashasandha berbadan dua, nanti ada masa kita lepak sama ya," tulis Sajat sebagai kapsyen.

Sebelum ini, netizen sudahpun berteka-teki dan mengesyaki aktres jelita itu sedang hamil.

Namun isteri kepada pelakon Aidil Aziz itu memilih untuk berdiam diri tanpa sebarang kenyataan sehingga kini.

walaupun lama tak jumpa,tapi bila jumpa,harus bergambar tau.. my lovely cute friend @fashasandha dan @elisyasandhaofficial ...comel sis @fashasandha berbadan dua...nanti ada masa kita lepak sama sama yer... ???

A post shared by nursajat (@nursajat23) on


Terdahulu, Fasha disahkan mengandung dua bulan hasil perkahwinannya bersama Aidil, namun kandungan itu tidak panjang umur dan gugur pada Mac lalu.

Menerusi perkahwinan terdahulu bersama bekas suaminya Jejai atau Rizal Ashram Ramli, Fasha dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma.