Filem terbaru arahan Kabir Bhatia iaitu Sangkar merupakan filem pertama lakonan pelakon kanak-kanak popular, Nik Adam Mika.

Sebelum ini, sudah tentu anda sudah biasa melihat Adam di beberapa drama, telefilem dan iklan tempatan.

Nama sebenar pelakon cilik ini adalah Nik Muhammad Adam Mikael Nik Mohd Ali dan kini berusia 9 tahun.

Adam dilahirkan di Tatau Sarawak pada 19 Februari 2010 .

Ketika berusia tiga tahun, Adam telah mula berkecimpung dalam industri hiburan sebagai pelakon kanak-kanak dan berjaya membina popularitinya sehingga kini.

Berikut adalah karakter Adam dalam filem Sangkar.



Sedikit info mengenai Sangkar, filem ini menonjolkan keistimewaan dengan mengetengahkan sukan seni bela diri campuran (MMA) buat pertama kalinya dalam sejarah pembikinan filem di Malaysia.

Bukan itu sahaja, Sangkar juga turut memaparkan elemen persahabatan, kekeluargaan, agama dan banyak lagi

Sangkar dibintangi oleh Remy Ishak, Zul Ariffin, Mira Filzah, Ray Era, Nik Adam Mika dan ramai lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton Sangkar yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara serta Brunei dan Singapura.