“Comel Kena Virus Sakit Kanser, Tiba-Tiba Menyerang” - Dua Hari Ditahan Klinik Haiwan, Kucing Ardell Aryana Mati Demam Panas

Mya Amri
Julai 26, 2019 13:08 MYT
Pelakon Ardell Aryana meluahkan rasa sedih atas kehilangan kucing kesayangannya akibat demam panas.
Ardell berkongsi berita sedih itu menerusi kemas kini terbaru diakaun Instagramnya.
Menurut Ardell, kucing betina yang diberi nama Comel itu telah mati pada Khamis.
Jelas Ardell lagi, kucingnya itu terkena jangkitan virus selain serangan kanser secara tiba-tiba.
“Ibu kucing kepada tujuh ekor anak kucing saya dah mati selepas dua hari masuk wad hospital haiwan.
“Doktor bagitahu Comel tiga hari lepas masih okay macam biasa cuma banyak diam. Comel kena virus sakit kanser yang tiba-tiba menyerang dalamannya sampai tak boleh makan dan kurus nampak tulang.
“Patut satu hari semalam anak-anak Comel semua menangis. Masa nak hantar Comel ke wad dia sempat toleh anak-anak dia.
“Dia letak tangan dia dekat aku sebelum aku angkat dia letak dalam sankar kucing untuk dihantar ke klinik permulaannya sebelum di transfer masuk ke wad hospital haiwan.
“Comel, penderitaan Comel dah berakhir. Terima kasih dah cuba berjuang. Tenang lah Comel disyurga tempat yang selayaknya buat Comel.
“Tariklah kami sekeluarga nanti ditempat Comel bermain. Teringat waktu mula-mula jumpa Comel waktu baby sebagai kucing jalanan.
“Awak sangat comel sebab tu nama awak Comel kami sekeluarga panggil. Kini kami rasa kehilangan,” luahnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen raya-rata pengikutnya sebak membaca bingkisan Ardell itu selain mengucapkan takziah kepadanya.
“Sama kucing saya pun mati sebab virus ni, yang paling manja pulak tu. Rindu...l” tulis @natasya_rose
“Yang bela kucing akan tahu betapa sedihnya bila dia pegi buat selama-lamanya,” kongsi @mmuhdsyafiq4
Terdahulu, Ardell sebelum ini telah berkongsi video pendek yang merakamkan gelagat comel anak-anak Comel yang merindui ibunya.
#pelakon #Ardell Aryana #Pelakon