Anmum Essential membina IQ dan membentuk EQ. Anak korang menjadi hebat!

"Comel 'Overdose', Yem Pasang Kuda-Kuda Ke Tu?" - Peminat Terhibur Gelagat Comel Anak Nad Zainal Bersilat

Rozaimi Zubaidi
29/11/2018 02:43 MYT
Video anak kepada pelakon Nad Zainal, Fahad Ibrahim Muhammad Faliq, 2, yang bersilat ketika menonton TV mencuri perhatian netizen.

Video yang dikongsikan sendiri oleh Nad di akaun Instagram (IG) miliknya itu menunjukkan Fahad melakukan beberapa pergerakan silat dengan gaya yang begitu comel.

"Ada mana-mana persatuan silat terima budak 2 tahun yang banyak cakap sebagai student tak? Nak hantar Yem," tulisnya.

Fuhhhhh!!! Lain Maciam la Yem! Takutla semangat malam Yem ni, Esok Mummy kerja Yem Yem simpan semangat kepahlawanan ni esok boleh Yem? Naik risau Mummy Daddy

A post shared by NZ (@nad.zainal) on


Rata-rata yang menyaksikan video itu mengakui terhibur dengan gelagat comel yang ditunjukkan oleh Fahad.



Nad atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin berkahwin dengan suaminya, Faliq pada 18 Disember 2015.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata lelaki iaitu Fahad Ibrahim Muhammad Faliq pada 14 0ktober 2016.
#pelakon #Nad Zainal #Pelakon #Fahad Ibrahim Muhammad Faliq
;