Anak sulung penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah dinobatkan sebagai Anak Selebriti Adorable TerGempak 2020.

Kemenangan itu susulan undian yang dibuka kepada pembaca Gempak sejak 18 Disember lalu.

Mengikut kiraan, Aafiyah menerima sebanyak 43 peratus undian sekali gus meninggalkan jauh pesaing lain.

Anak kepada pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha iaitu Yusof Iskandar menduduki tempat kedua dengan undian sebanyak 20 peratus.

Anak pasangan pelakon, Amar Baharin dan Amyra Rosli iaitu Aqeef Anaqi pula di kedudukan ketiga diikuti dengan Jebat Jayden, masing-masing undian sebanyak 13 dan 7 peratus.

Anak kepada Emma Maembong, Shariq Arshan Gabriel pula ditempat kelima selepas menerima undian sebanyak 3.37 peratus.

Untuk melihat keputusan penuh, anda boleh baca senarai pemenang di bawah :

BACA: Tok Ti, Azfarheri, Iman Troye Antara Yang TerGempak 2020! Ini Keputusan Penuh ...