Pejam celik pejam celik tahun 2020 bakal melabuhkan tirainya tidak lama saja lagi.

Biarpun dianggap antara tahun yang mencabar, namun tidak bermakna tiada individu yang menyerlah ke hadapan.

Oleh itu, tidak lengkap rasanya jika tidak menyenaraikan artis, selebriti mahupun tokoh yang menyinar sepanjang 2020 ini.

Menerusi undian yang dibuka kepada pembaca Gempak sejak 18 Disember lalu, ini senarai nama pemenang TerGempak 2020 mengikut undian ramai.

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza membuktikan dia masih menjadi kesayangan ramai apabila memenangi kategori utama Individu TerGempak 2020.

Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tokti menerima undian sebanyak 36 peratus, manakala Ustaz Ebit Lew dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah masing-masing 23 peratus dan 18 peratus.

Untuk kategori Influencer TerGempak 2020 pula, Azfarheri meninggalkan influencer lain dengan undian sebanyak 37.9 peratus.

Cupcake Aisyah, Kasih Leona yang berada di kedudukan kedua dan ketiga masing-masing hanya selesa dengan undian sebanyak 13.6 dan 11.2 peratus.

Influencer yang kontroversi baru-baru ini, Hafiz Mahamad hanya selesa dengan undian sebanyak 9.3 peratus saja.

Untuk kategori Budak Baru Nak Up (BBNU) TerGempak pula dimenangi oleh Iman Troye dengan undian sebanyak 27.9 peratus mengalahkan Aina Abdul, Andi Bernadee dan Syahmi Sazli.

Anda boleh lihat senarai penuh di bawah:

1.Artis Kacak TerGempak 2020 - Meerqeen (42%)

2.Artis Cantik TerGempak 2020 - Linda Nanuwil (38.9%)

3.Artis Bujang TerGempak 2020 - Ben Amir (45%)

4.Anak Selebriti Adorable TerGempak 2020 - Siti Aafiyah (43%)

5.Couple Romantik TerGempak 2020 - Hanis Zalikha & Hairul Azreen (28%)

6.Ajushi Elok TerGempak 2020 - Lee Dong Wook (29.5%)

7.BBNU TerGempak 2020 - Iman Troye (27.9%)

8.Couple Selebriti Stylo TerGempak 2020 - Fattah Amin & Fazura (55%)

9.Influencer TerGempak 2020 - Azfarheri (37.9%)

10.Individu TerGempak - Datuk Seri Siti Nurhaliza (36%)