Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi reaksi anak sulungnya, Siti Aafiyah sewaktu bertemu dengan adik kesayangannya.

Reaksi comel Aafiyah itu dimuat naik oleh Siti menerusi satu rakaman video pendek di akaun Instagramnya.

Video itu jelas menunjukkan Aafiyah tersenyum malu-malu sebelum memeluk adiknya dengan penuh kasih sayang.

“Ayah buat surprise kat kakak Aafiyah.. Tiba tiba adik ada di sebelah, terus bangun senyum meleret…” coretnya.

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)


Video berkenaan juga turut mendapat respon daripada rakan-rakan selebriti antaranya Afgan, Nora Danish dan Ramona Zamzam.


Siti selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada 19 April 2021. Bayi lelaki seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.

BACA: Alhamdulillah Aafiyah Dah Dapat Adik, Datuk Siti Selamat Bersalin Bayi Lelaki

Siti dan Datuk K berkahwin pada tahun 2006 dan pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Siti Aafiyah yang juga hasil proses IVF selepas 11 tahun menantikan cahaya mata.