Comelnya! Foto Menarik Sekitar Majlis Aqiqah Anak Adam Corrie

Kamaruddin Razal
Ogos 13, 2018 15:20 MYT
Pada hujung minggu lalu, pelakon Adam Corrie Lee dan isteri, Fazi Fuad mengadakan majlis aqiqah untuk anak lelaki sulung mereka, Adam Fateh Lee.
Pada masa yang sama, pasangan ini turut mengadakan majlis kesyukuran ulang tahun perkahwinan ke-10.
Di majlis tersebut, Adam, isteri serta anak sedondon dan kelihatan segak mengenakan busana putih.
Berkahwin pada 2008, mereka menanti hampir 10 tahun untuk menerima cahaya mata dan dikurniakan dengan kehadiran Adam Fateh Lee pada 11 Julai yang lalu.
Jom kita lihat foto-foto menarik sekitar majlis tersebut yang diambil daripada laman Instagram Adam Corrie.
Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Adam Corrie & @712studios
#pelakon #Pelakon #Adam Corrie