Comelnya Gelagat Anak Yaya Maembong, Seri Aileen Tiru Gaya Adiknya

Mya Amri
Januari 24, 2018 08:15 MYT
Pelakon Yaya Maembong memilih nama Muhammad Emre Farizqi untuk anak keduanya yang selamat dilahirkan pada 13 Januari lalu.
Selain nama, kakak kepada aktres Emma Mamembong ini juga berkongsi wajah anak lelaki kesayanganya itu menerusi akaun Instagram (IG) @yaya_maembong dan anak sulungnya @seriaileen.
Lebih menarik, foto di IG anak perempuannya itu merakamkan gelagat Seri Aileen yang cuba meniru gaya Emre yang sedang tidur.
“Meet my adik Muhammad Emre Farizqi,” tulis kapsyen pendek di foto tersebut.
Dalam pada itu, rata-rata pengikut IG Yaya memuji kecomelan kedua-dua anaknya dan mengucapkan tahniah kepada aktres berkenaan.
Di sini Astro Gempak kongsikan beberapa foto comel Emre:
Foto: Instagram @yaya_maembong, @seriaileen, @wanraja
#pelakon #Yaya Maembong #Pelakon #Seri Aileen