Empat penyanyi popular, Tomok, Akim, Hazama dan Black mengajak orang ramai untuk sentiasa berada di dalam rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dilaksanakan sehingga 31 Mac ini.

Mereka telah menyanyikan lagu Didi & Friends yang diubah liriknnya dengan kata-kata mengajak rakyat Malaysia untuk mematuhi arahan kerajaan.

Keempat penyanyi itu juga telah berkongsi video nyanyian itu di akaun Instagram masing-masing.

"Kerajaan cakap duduk rumah, duduk rumah.

"PM cakap duduk rumah, duduk rumah.

"Polis cakap duduk rumah, duduk rumah.

"Askar cakap duduk rumah, duduk rumah.

"Cuba korang duduk rumah kejap, jangan nak merayap," pesan mereka dalam lagu tersebut.

Kebanyakan netizen di ruangan komen berasa terhibur dan memuji kecomelan gelagat mereka yang turut menampilkan anak lelaki Tomok dan Black.

"Comelnya masing-masing!

"Tak faham lagi tak tahu lah.

"Siap buat lagu lagi, tak duduk rumah lagi tak tahu lah," tulis netizen.

Sebagai rakyat Malaysia, mari kita sama-sama mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dari pihak kerajaan untuk menghentikan penularan wabak COVID-19 dengan segera.

kita bagi lagu didi and friend pulak..kalau tak faham lagi tak tau la ? . guys please stay at home ok..kita doa sama-sama untuk kesihatan kita sekeluarga . pesanan ini ikhlas dari saya,black,akim dan hazama

A post shared by Tomok (@tomokofficial) on


Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan menggunakan sabun selama sekurang-kurangnya 20 saat, pakai topeng muka ketika perlu, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!