“Comelnya Pengawas Ni!” - Tema ‘Back To School’, Peminat Buat Kejutan Hari Jadi Mira Filzah

Kamaruddin Razal
April 2, 2018 08:39 MYT
Hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran aktres cantik, Mira Filzah yang ke-25 tahun.
Dilahirkan pada 2 April 1993, Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman dikejutkan oleh peminatnya menerusi sebuah majlis sambutan hari jadi yang berlangsung semalam.
Bertemakan ‘back to school’, kelab peminat Mira, Miraclegacy meraikan hari lahir bintang Teksi Love ini awal sehari di ruang acara Vilej Damansara.
Menariknya, majlis tersebut berlangsung dengan meriah kerana semua tetamu yang hadir berpakaian mengikut tema ‘back to school’.
Mira juga tidak ketinggalan menukar pakaian dan menyarungkan busana yang menepati konsep majlis.
Persis seorang pengawas, kecomelan Mira mendapat pujian peminat di laman Instagram!
Dalam perkembangan lain, Mira kini sedang giat menjalani penggambaran bagi drama bersiri Rahsia Hati Perempuan yang bakal disiarkan di slot Megadrama Astro Ria.
Selain Mira, drama bersiri arahan Michael Ang yang bakal bersiaran sempena kedatangan Ramadan ini turut menampilkan Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose dan Hisham Hamid.
Jom kita saksikan foto-foto menarik sekitar majlis sambutan hari lahir Mira:
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Mira
#pelakon #Mira Filzah #Pelakon