Penyanyi popular Black, Hazama, Tomok dan Akim bakal memukau peminat dengan alunan suara merdu serta melodi kecintaan mereka menerusi sebuah konsert berskala mega.

Dinamakan sebagai Konsert 4G's, Black, Hazama,Tomok dan Akim, paduan suara dengan tagline ‘Gabungan Melodi Terindah’ itu juga boleh disifatkan sebagai quartet terhebat yang pertama kali dipersembahkan dalam sebuah konsert di Malaysia.

Menurut penganjur Belbis Sdn.Bhd, pemilihan merek adalah berdasarkan karakter dan keunikan setiap penyanyi berkenaan.

“Idea menggabungkan empat atau tiga vokalis dalam sesebuah konsert memang tidak asing. Masih memberikan fokus terhadap persembahan solo setiap artis cuma ada segmen duet beramai-ramai. Itu pun tidak banyak.

“Untuk 4G’s, konsepnya lebih terhadap penyatuan keempat-empat penyanyi dalam setiap lagu, umpama quartet dengan keunikan karakter pada setiap penyanyi. Persembahan solo tetap ada tetapi dalam segmen awal sahaja,” kata wakilnya.

Dijadualkan berlangsung pada 17 dan 18 April depan bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya, konsert anjuran Belbis Sdn. Bhd ini juga menjadi agenda istimewa yang menghangatkan kalendar Visit Malaysia Year 2020.

Tiket-tiket boleh didapati dengan harga RM98, RM248, RM348, RM428 dan RM518 menerusi www.airasiaredtix.com.

Penganjur turut menyediakan tempat duduk istimewa berharga RM988 setiap satu sebanyak 16 seat pada setiap malam persembahan. Hubungi Hotline: +6018 2488184 untuk maklumat lanjut.