‘Company Dari Neraka’ Ini Tindas Pekerja, Minta Keluar Duit RM700 Sebulan Bayar Ads Boosting Untuk Syarikat!
Umirah Halim
03/01/2024 23:55 MYT
03/01/2024 23:55 MYT
Baru-baru ini tular dalam kalangan netizen mengenai seorang individu yang memuat naik beberapa tangkap layar di platform X dan menunjukkan perbualannya bersama majikan.
Menerusi tangkap layar tersebut, individu itu dikatakan perlu membayar sebanyak RM700 setiap bulan untuk membayar ads boosting syarikat tempat dia bekerja.
Susulan daripada itu, individu berkenaan juga berkongsi yang dia hanya menerima baki gaji sebanyak RM600 sahaja kerana baru sahaja memulakan bekerja.
“Gaji aku company ni kasi RM1,500, tapi disebabkan aku baru start kerja bulan 11 separuh bulan, jadi gaji bulan 12 siap tolak Socso, EPF tinggalah RM600 macam tu.
“Aku baru lepas kahwin banyak guna duit, mana cukup nak buat ads RM700 tu,” jelasnya.
Bukan itu sahaja, individu terbabit juga menyatakan bahawa pekerja perlu menghantar laporan harian setiap hari sebelum pukul 7 petang atau dikenakan denda RM10.
“Ait buat iklan company wajibkan guna duit poket sendiri? Lain level ni tahap mengambil kesempatan depa.
“WHAT?!!! Ad boosting budget kenapa YOU yang tanggung?? Suruh DIA bayar lah!!! This should be company expenses!!!!!!!
“Dah kalau sampai kena keluar duit sendiri utk kepentingan company tolong la angkat kaki.”
Sekadar info hantaran ini telah mendapat sebanyak 7.4 ribu tanda suka dan 2.5 juta tontonan.
Menerusi tangkap layar tersebut, individu itu dikatakan perlu membayar sebanyak RM700 setiap bulan untuk membayar ads boosting syarikat tempat dia bekerja.
Susulan daripada itu, individu berkenaan juga berkongsi yang dia hanya menerima baki gaji sebanyak RM600 sahaja kerana baru sahaja memulakan bekerja.
“Gaji aku company ni kasi RM1,500, tapi disebabkan aku baru start kerja bulan 11 separuh bulan, jadi gaji bulan 12 siap tolak Socso, EPF tinggalah RM600 macam tu.
“Aku baru lepas kahwin banyak guna duit, mana cukup nak buat ads RM700 tu,” jelasnya.
Bukan itu sahaja, individu terbabit juga menyatakan bahawa pekerja perlu menghantar laporan harian setiap hari sebelum pukul 7 petang atau dikenakan denda RM10.
Berita Trending: Ikut Cara Pengguna Facebook, Barang Makanan Yang Dibawa Khairul Aming Ke New Zealand Tak Dirampas - “Benda Ini Sangat Membantu”
Dalam pada itu, ruangan komen juga menerima kecaman daripada wargamaya yang rata-rata mempertikaikan tindakan majikannya itu.“Ait buat iklan company wajibkan guna duit poket sendiri? Lain level ni tahap mengambil kesempatan depa.