Laman Utama
"Congrats To Me" - Ramai Sangka Riena Diana Sudah Berkahwin Dengan Lelaki Ini, Hakikatnya ...
Pelakon dan pengacara Riena Diana dihujani ucapan tahniah daripada peminat yang menyangkakan dirinya sudah berkahwin.
Hal itu tercetus gara-gara perkongsiannya fotonya di Instagram stories yang lengkap berpakaian serba hitam di samping seorang lelaki yang turut berpakaian sedondon.
Malah, Riena turut menulis kapsyen berbunyi 'Congrats to me', pada hantaran tersebut yang dimuat naik pada pagi Ahad.
Bagaimanapun, jelas Riena, gambar tersebut merupakan bapanya yang baru berkahwin manakala ucapan tahniah itu sempena meraikan kehadiran ibu baharu dalam keluarganya.
"Bukan saya yang kahwin... sumpah bukan. Selepas saya muat naik foto itu dengan kapsyen sebegitu, saya terima banyak DM daripada netizen yang ingat saya berkahwin.
"Sebenarnya lelaki dalam gambar itu adalah bapa saya dan ucapan serta luahan rasa syukur itu sebab saya terima kehadiran ibu baharu. Bukannya saya yang berkahwin tapi bapa saya," ujarnya.
Untuk rekod, bapa dan ibu kandung Riena sudah bercerai sejak pelakon drama siri Kampung People ini itu berusia 14 tahun.
Dalam pada itu, Riena memberitahu dia masih menjalinkan hubungan cinta dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Nik Afiq.
Bagaimanapun, Riena berkata buat masa kini mereka masih belum mempunyai perancangan berkahwin.
"Alhamdulillah... hubungan saya dengan kekasih berjalan seperti biasa. Soal kahwin, macam saya cakap sebelum ini... buat masa kini ia bukan fokus utama.
"Tapi Insya-Allah... saya berharap semua orang doa yang baik-baik untuk saya," tambahnya.