Anak muda Malaysia memang kaya dengan bakat! Buktinya menerusi projek terbaharu pengeluar jenama t-shirt signatur budaya Malaysia, APOM, #EmpatBelas.

Projek #EmpatBelas sebenarnya satu kolaboratif bersama 14 orang pereka tempatan mewakili 14 buah negeri di Malaysia.

Uniknya, projek #EmpatBelas ini bakal melancarkan cenderamata terdiri daripada t-shirt, gelas dan tote bag khas edisi Hari Merdeka yang diraikan pada bulan Ogos yang terdiri daripada 14 rekaan berbeza-beza.

Kalau nak tahu, rekaan yang dihasilkan 14 anak muda ini memang luar biasa dan mengetengahkan permata setiap negeri.

Taman Tema Mimaland, jaguh bola sepak Mokhtar Dahari, Budu, Roti Titab, Bunga Jenjarum, bumbung Minangkabau dan lirik Kotarayaku (Altimet ft Noh Hujan) antara elemen yang ditampilkan dalam 14 rekaan ini.



Selain meraikan kemegahan setiap negeri dalam setiap rekaan, projek #EmpatBelas ini juga memberi peluang kepada pereka tempatan untuk menonjolkan bakat biarpun dunia bergelut dengan pandemik COVID-19.

Cenderamata #EmpatBelas akan mula dijual pada 5 Ogos bagi menyemarakkan lagi semangat merdeka.

Jadi, bolehlah korang melaram dengan cenderamata cool dari negeri masing-masing nanti!

Korang boleh semak semua 14 rekaan #EmpatBelas APOM di sini!