Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Counting Days" - Ruhainies Bakal Berkahwin Tak Lama Lagi?

Amri Hassan
12/06/2021 05:51 MYT
Pelakon Ruhainies seakan-akan memberikan bayangan bahawa dia bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.

Hal itu ekoran hantaran sepotong video di akaun syarikat yang kerap menerbitkan video perkahwinan selebriti, CST Production.

Tulis pengendali akaun berkenaan ringkas berbunyi; "Counting days."

Dalam video mirip teaser pra perkahwinan yang berdurasi 15 saat itu, Ruhainies dirias cantik dan kemudiannya berlari-lari ke arah sebuah pesawat ringan.

Kemaskini yang sama turut diletakkan di akaun Ruhainies yang sekali gus menuai ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminatnya.

A post shared by @ruhainies7


Tidak dapat dipastikan kesahihan video berkenaan memandangkan Ruhainies sebelum ini pun pernah beberapa kali mencuit peminat dengan teaser yang sebenarnya dirakamkan untuk tujuan promosi naskhah lakonannya.

Sehingga kini, Ruhainies masih belum mendedahkan identiti sebenar teman lelakinya yang diberi nama Mr. E yang difahamkan seorang usahawan.
#pelakon #Kahwin #Viral #Ruhainies #Video #Pra Perkahwinan #CST Production #Mr. E