Peminat kepada penyanyi pop terkenal Celine Dion pastinya teruja apabila penyanyi wanita itu membuat pengumuman bakal muncul dengan album terbaharu pada Rabu, lapor Astro Awani.

Album terbaharu Dion yang berjudul Courage itu bakal dikeluarkan pada November ini tetapi tiada tarikh yang spesifik diberikan.

Pelantun lagu balada My Heart Will Go On dalam filem Titanic itu juga bakal mengadakan jelajah dunia buat peminatnya.

Pengumuman itu dilakukan ketika beliau membuat persembahan di Los Angeles secara langsung di Facebook dan ditonton lebih 11,000 peminat di seluruh dunia.

Sejak 2003 penyanyi campuran Perancis-Kanada itu berusia 51 tahun itu telah membuat persembahan di sana.

Menurut Celine, konsert jelajah dunia di Amerika Syarikat adalah yang pertama sejak 10 tahun lalu tetapi konsert jelajahnya itu akan bermula dari Canada pada September.

Penyanyi itu berkata tajuk album tersebut diilhamkan daripada kematian suaminya dan pengurusnya, Rene Angeli pada 2016 akibat kanser tekak.

"Apabila saya kehilangan Rene, dia mahu saya kembali ke pentas, dan dia mahu saya terus menyanyi kerana ini minat saya.

"Jadi saya mahu buktikan kepadanya bahawa saya berada dalam keadaaan baik dan semuanya akan berada dalam keadaan baik,” ujar Dion.

Dion juga mencipta rekod memenangi Anugerah Grammy sebanyak lima kali dan mencipta rekod keuntungan paling lumanyan semasa jelajah dunia pada 2007 untuk konsert Taking Chances.

Anugerah Grammy merupakan anugerah yang disampaikan oleh Akademi Rakaman mengikut pencapaian artis dalam industri muzik.

Album terahkhir beliau dalam bahasa Inggeris berjudul Loved Me Back to Life diterbitkan pada tahun 2013.

Tiga tahun kemudia, Celine menghadiahkan Encore un Soir, sebuah album dalam bahasa Perancis.

Sumber: Astro Awani