Pelawak Man Raja Lawak kini memberi peluang kepada usahawan untuk mempromosikan perniagaan mereka secara percuma menerusi ruangan Instagram Story miliknya.

Menurut Man, dia sendiri akan membantu peniaga mempromosikan produk jualan mereka tanpa mengenakan sebarang bayaran.



"Assalam sahabat, kalau nak abang promote produk korang kat story boleh je, bagi iklan lengkap kat DM, free sahaja, sama-sama support ya.

"Kalau ini membantu korang dapat duit untuk cover belanja harian buat keluarga, abang sudi bantu," tulisnya menerusi sebuah entri di Instagram.

Perkongsian itu mendapat perhatian dari ramai pengikut Man di ruangan komen.

Rata-rata mereka memuji usaha murni Man dan mendoakan agar pelawak kesayangan mereka itu dimurahkan rezeki.

Kalau ini membantu kowang dpt duit tuk cover belanje harian buat fmily..abg sudi bantu..free jer..janji sme2 support

A post shared by Man Raja Lawak (@manrajalawak) on


Terdahulu, ekoran krisis COVID-19, Man telah menyumbangkan RM50,000 daripada wang kemenangannya dalam Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019) untuk membantu golongan yang memerlukan.

BACA: Hulurkan Bantuan, Man Raja Lawak Sumbang RM50,000 Hadiah Kemenangan MLM 2019

Man juga dikhabarkan telah memberi sumbangan kepada pelakon Zarina Anjoulie untuk diagihkan kepada 40 keluarga yang kurang bernasib baik.