Sebanyak 1,116 kes baharu positif COVID-19 direkodkan sehingga jam 12 tengah hari Isnin, menjadikan jumlah keseluruhan kini 334,156 kes.

Lima kematian baharu direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kematian adalah sebanyak 1,238 kes.

Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 1,495 kes dengan jumlah keseluruhan kes sembuh setakat ini ialah 318,784 kes.

Sebanyak 14,134 kes aktif direkodkan dengan 156 menerima rawatan di Unit rawatan Rapi (ICU) dan 60 lagi menerima bantuan alat pernafasan.

Selangor kekal negeri tertinggi mencatatkan jumlah kes positif baharu COVID-19 dengan 403 kes dikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (158 kes) dan Sarawak (124 kes).

Kredit foto: The Edge Markets