Sebanyak 1,924 kes positif baharu COVID-19 direkodkan menjadikan jumlah kumulatif positif adalah sebanyak 293,698 kes, lapor AWANI.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,918 adalah kes tempatan manakala enam kes merupakan kes import.

Sebanyak 12 kes kematian direkodkan menjadikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 1,100 kes.

Kes sembuh pula direkodkan sebanyak 3,752 kes menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 263,761 kes.

Dalam pada itu, menerusi akaun Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan sebanyak 18 kluster juga telah ditamatkan hari ini.

Sehingga kini, jumlah kes aktif adalah sebanyak 28,837 kes dengan 205 menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 92 diberikan bantuan alat pernafasan.

Sumber / Foto: Astro AWANI , KKM