Sebanyak 1,925 kes COVID-19 baharu dilaporkan hari ini.

Menurut laporan hari ini, terdapat kawasan yang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Pusat Koreksional Kamunting (KEMTA) di Taiping, Perak dan kuarters bermula esok, 30 Disember hingga 12 Januari depan.

Status Terkini #COVID19, 29 Dis 2020 Kes sembuh=1,123 Jumlah kes sembuh=86,715 kes Kes baharu positif=1,925 kes...

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Tuesday, 29 December 2020

Berikut merupakan lima perkara penting kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa (29 Disember 2020) seperti di lapor Astro Awani.

1) Seramai 142 individu ditahan semalam kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

2) Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (78), tidak memakai pelitup muka (53), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (sembilan) dan lain-lain (dua).

3) PKPD dilaksanakan di KEMTA Taiping dan kuarters bermula Rabu, 30 Disember hingga 12 Januari depan.

4) Pihak berkuasa berjaya menahan 16 PATI dan merampas tiga kenderaan darat menerusi Operasi Benteng.

5) Anggota penguatkuasa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) membuat pemeriksaan di sembilan tapak binaan di seluruh Malaysia pada Isnin dan kesemuanya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Sumber / Foto: Astro Awani