Malaysia masih mencatatkan kes COVID-19 yang tinggi hari ini iaitu sebanyak 3,631.

Jumlah berkenaan dilihat sedikit meningkat berbanding semalam iaitu sebanyak 3,170 kes.

Menerusi sidang media dijalankan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham, kes keseluruhan kini adalah sebanyak 172,549.

“Kes baharu hari ini 3,631 kes. Kes tertinggi Selangor, Johor, Sabah, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

“Sebanyak 18 kes kematian dilaporkan hari ini yang tertinggi setakat ini. 12 lagi kluster baharu.

“Kematian pula seramai 12 individu,” katanya.

Tambah beliau, kes sembuh hari ini sebanyak 2,554 kes sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 132,706 kes.

Anda boleh lihat jumlah pecahan kes mengikut negeri di bawah.