Pada 25 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 3,160 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,738,401 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

Sementara itu, terdapat 1 kes positif Covid-19 direkodkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Port Dickson.

Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, pesakit mengalami gejala tahap 2 Covid-19 dan sedang dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban.

“Kes melibatkan seorang wanita berusia 60 tahun yang dikesan positif Covid-19 ketika proses saringan di PPS,” katanya selepas acara Gotong-Royong Keluarga Jelebu di Kampung Kemin Beringin, Jelebu, pada Sabtu.