Malaysia mencatatkan 3,384 kes positif baharu COVID-19 pada Khamis. Ia menjadikan jumlah kumulatif kes baharu kini sebanyak 254,988 kes.

Daripada jumlah kes baharu yang dicatatkan itu, 3,369 merupakan kes penularan tempatan manakala 15 adalah kes import.

Selain itu, Malaysia mencatatkan 13 kes baharu kematian yang menjadikan jumlah kematian kini ialah sebanyak 936 kes.

Manakala sebanyak 3,774 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh ialah sebanyak 202,269 kes.

Sebanyak 51,783 kes aktif dengan 259 menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 122 memerlukan bantuan pernafasan.

Ingat, kita masih belum menang. Jaga SOP (proseduer operasi standard) dan ‘Kita Jaga Kita’.

Foto: The Star